Showing posts with label publish. Show all posts
Showing posts with label publish. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

SMTB'11

1 Sejarah yang dilakar oleh pihak MPM'11 UMP  bilamana, mereka digabungkan dalam satu program yang banyak menyimpan seribu satu kenangan. Akhirnya pada 3 April 2011 program yang berlangsung bermula 1 April 2011 ini telah berakhir dengan jayanya. Peserta-peserta yang hadir tanpa mengira wakil-wakil kelab atau persatuan masing-masing telah berkerjasama dalam merebut gelaran pemenangan dalam aktiviti menarik selama berlangsungnya program.


Start sahaja menaiki bas untuk ke tapak program (TERATAK MALAYA) Janda Baik,Pahang. kami telah di beri tugasan untuk menghafal lagu 1 Malaysia, dan jejak kenal penumpang-penumpang bas.
Setibanya di tapak program, semuanya agak teruja dengan kecantikan landskap yang menarik perhatian setiap peserta. kehijauan tumbuh-tumbuhan, tasik kecil dan kolam ikan yang cantik, sungai bersih yang mengalir, kicauan burung-burung. Sungguh sukar untuk dilupakan.


Program diteruskan dengan slot2 yang disampaikan oleh pihak JHEPA sendiri, sesi soal jawab dan dialog.
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut warna baju yang diberi. Terimbau kenangan sewaktu sekolah dahulu.
Macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh peserta sewaktu mempersembahkan yell, logo dengan semangat sepasukan. sungguh menakjubkan. sepintas sahaja, wakil-wakil pemimpin dari berbeza idealism ini bersatu.itulah semangat yang dimahukan!!


explorace dimulakan oleh kumpulan hijau iaitu kumpulan yang terdiri dari YDP MPM'11 sendiri. sangat mencuit hati melihat mereka menempuh check point yang terpaksa dilalui. Masuk kolam ikan, Gol kan bola dalam lumpur, masuk sungai kena pamping, lompat bintang,rendam hingga kepala,musang berjanggut kena kupas bawang, tak cukup dengan itu, berguling-guling atas padang, naik turun tangga 6 kali, dan yang paling menarik tangkap ikan dalam tasik. =)

setelah penat berexplorace malamnya, pembentangan takwin MPP,kelab dan persatuan lain. dalam mencari titik-titik pengabungan program.

keesokannya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta, dimana mereka pergi Jungle tracking dan bermandi manda di waterfall yang sangat bersih airnya.

peserta-peserta juga dapat beramah mesra dengan Dato NC Daeing Nasir yang turut turun melihat keringan mereka. dan menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk keseluruhan aktiviti telah dimenangi oleh kumplan Red Dragon. kumpulan lain juga sama-sama meraih kemenangan.

Semoga selesainya program SMTB ini dapat mewujudkan modal sosial yang kuat antara semua kelab dan persatuan bersama MPP.

untuk galeri foto sila lihat: http://www.facebook.com/album.php?id=195851520437060&aid=44992

Monday, April 4, 2011

SENARAI NAMA SEKRETARIAT MPP YANG BERJAYA

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada sekretariat mpp yang telah terpilih semasa pemilihan sekretariat yang telah berlangsung pada minggu lepas. Berikut ialah senarai nama sekretariat mpp yang berjaya :

Sekretariat Jabatan Kebajikan Mahasiswa

1. SITI RUHANI BT MOHD HANAFI
2. NOOR SHAHIRA BT SARIPA
3. NUR FARHANIMBINTI MUSTAFFA
4. NUR FATHIN NABILAH BT CHE M. AZHAR
5. MOHD AMANUDDIN B. HAI HOM
6. NUR HAFIZAH BINTI SAIPUL BAHRI
7. MOHD JAWAD
8. NUR HAZIQAH BINTI ABDUL HAMID
9. NURULHIDAYAH BT ZARANI
10. NAASIHA BT IDERIS
11. SITI ZULAIKHA BT MOHAMAD AMIN
12. NOR AISYAH BT RUMIDI
13. THIVAGAR A/L SUGUMARAN
14. NURSHADAHTIKA BT ABDUL RAZAK
15. NUR SHAFIQA BT SUHAIMI
16. SITI AMIRA BT MOHD AMIN
17. NORFATIN MURSHIDA MOHD NORDIN
18. DINESH KUMAR RAMAN
19. ZURIYANI ZULKIFLI
20. MARDIAH BT MAZLAN
21. NOR SALWANI BT ISMAIL
22. MUHAMMAD FUAD FIKRI B. AMIR
23. SALEEZA AZURA BINTI SULAIMAN
24. ROFINA CHUA SIAW YEN
25. MUHAMMAD HELMI BIN JAAFAR
26. MUHAMMAD FAISAL B. BADEROLHISSAM
27. WAN NUR HAZIRAH BT WAN KADIR

Sekretariat Jabatan Komunikasi Koperat dan Kualiti

1. QURRATU’AIN BINTI ROSLAN
2. NAZRATUL ZAHEERA BT ABDUL KAPOR
3. NOR ALIA MOHD IZANI
4. MOHAMMAD NAZREE BIN ABD MALEK
5. WAN NOR AINIE BIN WAN MUHAMAD.
6. SAADIAH BINTI MUHAMMAD YUSOFF
7. SITI ARAINI ELHANA BINTI MAT NASIR
8. TAMILMALAR A/P ARACHANAM
9. NORASYIKIN SAFIENY
10. NALLA KUMAR A/L MUNIANDY
11. ARIFFIN BIN ABDULLAH
12. ZULAIKHA SUHANA BT ZABRI
13. WAN HAIRANI BINTI WAN NA’AMAN
14. NAZIRA BINTI TALIB
15. WAN NOR AZEEM BIN WAN GHAZALI
16. KHAIRUL NIZAM BIN IBRAHIM
17. MOHAMMAD NAZLIE BIN MAT NASIR
18. NUR ALIAA MOHD EZANEE
19. SITI AISYAH SHAMSUN BAHARIN

Sekretariat jabatan kampus pekan

1. Najwa bt Mohamad Shariff
2. Noor Azuani bt Suliman
3. Noor Siti Zulaiha bt Abd Muhin
4. Wan Mohd Hazwan b. Wan Ariff
5. Najihah Syamilah bt M.Razali
6. Nur Farhana bt Zainal Ariffin
7. Suhaeymi
8. Mohd Hafizuddin b. Mokhtor
9. Muhammad ‘Azri b. Mohd Razi
10. Mohd Kifli b. Abu Bakar
11. Muhamad Shafiq b. Shahruddin
12. Wan NurLisa Bt Wan Ahmad
13. Dayang Izzaidah Bt Idris
14. Muhammad Fikri b.Mohd Nasir
15. Nor Syazwani bt Hamsan

Sekretariat jabatan pembangunan mahasiswa

1.ABDUL BASITH BIN ABDUL HALIM AA09118
2.AHMAD AFIFI BIN IBRAHIM KE09037
3.NUR HAZIRAH BINTI ABDUL MALIK AA10199
4.IZZATI BINTI AHMAD FUAD SA10045
5.NURI ‘ADILAH NASHRULMILLAH BINTI IDRIS KC10006
6.CHIN KAR LEONG EA09099
7.ONG SHIH SEONG EC10048
8.DASHEN A/L MAHADEVEN KA09054
9.KUMANAN A/L SANMUGAM KA09053
10.ADLIN HUSIN@ADZRIN KA10131
11.MOHAMAD FERDAUS BIN AMRAN CD10058
12.NAFIS ADAM BIN SHAFIE CD10064
13.MUHAMAD RIDHWAN BIN ISMAIL CC09064
14.NURUL NADIA BINTI SAMSUDIN FA10055
15.NURUL NABILLA BINTI MOHAMAD HASNAN FB10061
16.KU PHING PHING EA10033
17.RUBINI DEVI A/P SEVARAJOO SB09005
18.SARAVANAN A/L JAYAKUMAR SB10050
19.THE GEK YU AA09046
20.ROZAIMI BIN MUHAMAD MH09120
21.SHALINI A/P MARIYAPPAN CA09054
22.LEONG HAN WAU SA09030
23.CHUA LEONG HUAT FB10007
24.IDAYAH IBRAHIM PB09005
25.NURUL SHAMIMI BINTI SUHAIMI PB09067
26.FARIZATUL AFIQAH BINTI DAHARI PB09023
27.FATMA SYAHIRAH BINTI ZAKARIA CA10049
28.NORHAMIZAH BINTI ZAKARIA CD10068

*Kepada yang tidak berjaya, kami sangat hargai usaha anda untuk menyertai sebahagian daripada mpp. Teruskan mengaktifkan diri anda di dalam bidang yang anda minati, menuntut ilmu di universiti bukan sekadar belajar di kuliah semata-mata. Anda adalah insan yang berjaya di mata kami.

Kepada secretariat mpp 11/12, sila tunggu tindakan selanjutnya daripada jabatan anda untuk diadakan pertemuan jabatan masing-masing. Dan sekalung tahniah sekali kepada anda.
“DENGAN HIKMAH KAMI MEMIMPIN DENGAN HIKMAH MAHASISWA DIPIMPIN”

Sekian
SHAHIRA BINTI MOHD BASIR
SETIAUSAHA AGUNG
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 11/12
0136279406

Thursday, March 31, 2011

BARANG KEPERLUAN KE SMTB 11


KEPERLUAN PAKAIAN & PERALATAN PESERTA


Pakaian lelaki/ perempuan:

1.    2 x T-shirt kolar bulat/ berkolar
2.    1 x seluar jeans/ dockers
3.    2 x T-shirt sukan kolar bulat/ berkolar
4.    1 x seluar trek sukan
5.    1 x baju melayu + kain pelekat (lelaki)
6.    1 x baju kurung/ telekung (perempuan)
7.    1 x kasut kasual
8.    1 x kasut sukan
9.    1 x stokin
10.    1 x sandal/ selipar
11.    1 x tuala mandi
12.    1 x jaket/ sweater (pilihan)

Peralatan:

1.    Sekurang-kurang 1 x komputer riba bagi setiap kelab/ persatuan
2.    Beg galas/ tarik (digalakkan untuk barang peserta)
3.    ‘Torch light’
4.    Botol/ bekas air minuman
5.    Stok makanan ringan
6.    ‘Toiletries”

SALAM.Perhatian kepada semua peserta SMTB11..anda digalakkan untuk membawa sweater @ baju sejuk kerana keadaan di sana yang dingin pada waktu malam.dan anda juga digalakkan untuk membawa baju yg berlengan panjang. dan jangan lupa membawa air mineral,ubat bagi yg mengalami masalah kesihatan.TQ.

Tuesday, March 29, 2011

Lawatan Perdana Menteri Malaysia


Kehadiran Perdana Menteri Malaysia ke Kampus Pekan pada 12 Mac 2011.
Dimana YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak 
dijangkakan tiba pada pukul 11 pagi, namun disebabkan kesesakan lalu lintas yang terjadi sepanjang jalan Pekan.

Kedatangan beliau yang disambut oleh MPP sendiri adalah bertujuan untuk meninjau pembanggunan UMP Pekan yang mula beroperasi pada 27 julai 2009 dengan berpindahnya seramai 2,480 pelajar.

Pada hari tersebut, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan bersama anak syarikat UMP sendiri, UMP Green Technology Sdn Bhd bersama Urban Environment Industries Sdn Bhd.



ELITE MPP SESI 2011/2012

Pada 18-20 Mac 2011 telah berlangsungnya program yang melatih MPM'11/12 yang baru sahaja berapa minggu memegang amanah yang dipertanggungjawabkan.
Sepnajang program berlangsung kami dilatih untuk menjadi pemimpin yang tertauliah bukan sahaja atas nama dan pangkat. 
kami diterangkan beberapa inspirasi atau agenda-agenda UMP agar setiap apa yang kami lakukan selaras dengan Visi Misi UMP. 
Pengalaman dan Ilmu yang kami tidak dapat dimana-mana tempat sangat berharga dan kami cuba aplikasikannya. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program, terutama penasihat MPP Cik Saiful Bahari. Jasamu Tetap Dikenang.

untuk galeri foto sila lihat: http://www.facebook.com/album.php?id=195851520437060&aid=44988

Bengkel Hala Tuju MPP 11/12

Bengkel Hala Tuju yang telah berlansung selama 2 hari ini, adalah bertujuan untuk memastikan setiap Jabatan-Jabatan MPP menyediakan dan merancang tarikh program iaitu takwim aktiviti. Yang akhirnya akan digabungkan dan dimasukkan dalam takwin bersama.

PEMAKLUMAN PROGRAM STUDENT SOCIETY MANAGEMENT & TEAM BUILDING 11 (SMTB 11)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2011/2012
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 GAMBANG, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
 TEL: (09) 549 2432                                                                    FAKS: (09) 549 2535
                                                                                                                                                _____­­ 
RUJ. TUAN (YOUR REF.) :
RUJ. KAMI (OUR REF.)    : MPP.UMP06.02/13.16/5/3(2)

bismillah.jpg

Kepada yang berkenaan

Presiden Kelab/Persatuan/Fakulti,                                                                          28 Mac 2011                                                       

PEMAKLUMAN PROGRAM STUDENT SOCIETY MANAGEMENT & TEAM BUILDING 11 (SMTB 11)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 11/12 dengan  kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) akan mengadakan program “STUDENT SOCIETY MANAGEMENT & TEAM BUILDING 11 ( SMTB 11).

3.         Butiran program adalah seperti berikut :

            Tarikh             : 1-3 April 2011
            Tempat            : Janda Baik
            Masa                : berkumpul di perhentian bus KK3 jam 2.30petang (1 April 11)
            Penglibatan      : 1-Presiden
  2-Timbalan Presiden
  3-Setiausaha
  Mpp


4.         Diharap dari pihak saudara/I dapat mengesahkan kehadiran ahli kelab anda ke SMTB 11 selewat-lewatnya pada 31 mac 2011 kepada Shahira binti mohd basir di emel : yaya6190_spongebob@yahoo.com, dan sesi taklimat program akan diadakan pada 31 mac 2011 pada jam 9 malam di bilik mesyuarat mpp dengan menghantar 1 wakil sahaja.
           
5.         Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan ini memohon kerjasama presiden kelab & persatuan menghantar wakil ke SMTB 11 ini jika 3 di atas tidak dapat hadir (presiden diwajibkn hadir kecuali atas sebab-sebab tertentu). Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih







Sekian.

”PRIORTIZE, STRATEGIES, SYNERGISE”
 Yang menjalankan tugas,

SHAHIRA BINTI MOHD BASIR
Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Pahang.
0136279406

S.k    1. Fail Penasihat MPP
         2. Fail MPP

Monday, March 28, 2011

Isu Pengundi Muda



RTM Suara Siswa Pahang FM...

Solat Hajat Perdana..

Pada 10/3/2011 dari 7pm-10pm untuk pertama kalinya telah berlansung Solat Hajat Perdana, iaitu majlis kesyukuran sempena selesainya Penamaan Calon-Calon yang telah berjaya memenangi 24 kerusi. Pelajar-pelajar UMP yang lain turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Bacaan Yasin beramai-ramai dan solat berjemaah serta sedikit  ucapan telah diberikan oleh YDP MPP 11/12, Fazli B. Halim. Jamuan ringan juga disediakan kepada pelajar-pelajar yang hadir. Semoga amanah yang diberi dilaksanakan dengan baik. ingatlah (MPP bukan keistimewaan tapi AMANAH)

Pencarian Sekretariat Expoconvo'11

PENCARIAN SEKRETARIAT EXPOCONVO ’11 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG sudah bermula...!!!

Kepada sesiapa yang berminat , borang permohonan boleh diambil di PEJABAT MPP bermula pada hari ISNIN(28/4/11) hingga AHAD(3/4/11). Kepada pelajar kampus pekan, borang boleh diambil melalui MPP yang berada di kampus pekan untuk memudahkan urusan pengambilan borang.
Sila bawa borang yang telah lengkap diisi pada hari temuduga yang telah ditetapkan iaitu pada:
TARIKH: ISNIN(4/4/11) hingga JUMAAT(8/4/11).

MASA: 9.OO p.m hingga 12.00a.m

TEMPAT: Pejabat MPP, kampus Gambang


Pejabat MPP sentiasa terbuka untuk anda semua. Jadilah sebahagian daripada kami!

Segala pertanyaan bolehlah berhubung dengan Mohamad Rizalman b. Aziz (0199601590)
makluman lanjut akan diberitahu kemudian...
sekian,harap maklum.

“DENGAN HIKMAH KAMI MEMIMPIN DENGAN HIKMAH MAHASISWA DIPIMPIN”

Monday, March 14, 2011

TEMUDUGA BAGI SEKRETARIAT

TARIKH DAN WAKTU TEMUDUGA BAGI SEKRETARIAT:

JABATAN KEBAJIKAN MAHASISWA(JKM)
-ISNIN(14/3/11);9PM
(pejabat mpp)

JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA(JPM)
-SELASA(15/3/11);9PM
(pejabat mpp)

JABATAN KOMUNIKASI KOPERAT DAN KUALITI(JKKK)
-RABU(16/3/11);9PM
(pejabat mpp)

JABATAN PEKAN(JK);9PM
-KHAMIS(17/3/11)
(pejabat mpp gambang pada tarikh ini, bagi sesi interview di pekan juga akan dilakukan.sila rujuk kepada zarah timbalan setiausaha (0179571091)

anda boleh memilih untuk menjadi mana-mana sekretiat di dalam jabatan mpp.
sebarang pertanyaan sila rujuk kepada shahira setiausaha agung (0136279406).

sekian,

kami menantikan kehebatan dan komitmen yang terbaik dari anda semua selaku mahasiswa ump.

oleh:
shahira binti mohd basir
setiausaha agung mpp 11/12

INFO MPP : ETIKA PEMAKAIAN DAN KESELAMATAN

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
bagi memperkasakan pembudayaan Etika Pemakaian dan Identiti Mahasiswa,
Berikut adalah beberapa isu/perkongsian etika pemakaian dan keselamatan mahasiswa adalah seperti berikut :



1) KAD MATRIK : perlu dipamerkan dan dibawa setiap masa (selagi berada di kawasan universiti terutama di kawasan pentadbiran UMP) kegagalan akan menyebabkan anda dikenakan kompaun (atas budi bicara dan mengikut keadaan). Lesen kenderaan juga perlu dibawa bagi yang menggunakan kenderaan. MEMBAWA kenderaan tanpa lesen adalah salah dari segi undang2 Malaysia dan juga UMP.

2) Kain pelekat :
Siswa yg ingin menggunakan kain pelekat haruslah mengenakan tatacara pemakaian konvensyen. Iaitu, memakai kain pelekat bersama baju melayu dan bersongkok/kopiah. Pemakaian kain pelekat bersama baju tshirt/singlet adalah tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan kompaun sekiranya melakukannya. Tatacara pemakaian konvensyen ini selaras dengan hasrat UMP untuk melahirkan pelajar yang berimej kemas. Selain itu, ini memudahkan siswa untuk ke masjid dan makan di cafeteria.
Juga adalah tidak sesuai dikenakan terutama di kafetaria yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan. Namun, suara majoriti diperlukan terutama dari mahasiswi berkaitan pemakaian kain pelekat oleh mahasiswa di kawasan kafetaria. Pemakaian ini diletakkan di bawah bahagian budi bicara.

3) Tatacara pemakaian mahasiswa/i : pemakaian seluar pendek, baju lengan pendek yang melampau, pakaian ketat dan pendek adalah dilarang sama sekali bagi siswi terutama di cafeteria & semasa riadah. Pemakaian seluar pendek atas lutut juga dilarang bagi siswa tapi mendapat kelonggaran ketika beriadah dan harus memakai tight sehinga menutup lutut. Pemakain seluar 3suku dibenarkan untuk siswa tetapi hanya di cafeteria,kolej kediaman & ketika riadah pada waktu selepas kerja sahaja. Pemakaian yang tidak dibenarkan didalam tatacara pelajar akn dikenakan denda dan diselaraskan supaya adil bagi siswa & siswi. Silalah berpakaian sopan. Mereka yang jelas melanggar peraturan UMP seperti mewarna rambut samada siswa atau siswi akan dikenakan kompaun menigkut undang-undang Universiti Malaysia Pahang.
4) Sandal : untuk makluman, tiada lagi kes berkenaan kes saman kerana memakai selipar di cafeteria & KK yang diwar-warkan itu. Sepanjang waktu kuliah (isnin-jumat,8pagi-6petang) adalah dilarang sama sekali untuk memakai selipar di kawasan rasmi. Bagi urusan di kawasan rasmi (eg: JHEPA, Fakulti dll ) dilarang juga memakai selipar. Bagi siswi, pemakaian sandal haruslah yang berjenis lekap dikaki. Jenis lekap dikaki adalah jenis yang tutup depan dan belakang @ yang mempunyai getah/bertali dibelakang. Selagi mana siswa/i tersebut berada dikawasan UMP, diwajibkan mengikut tatacara pemakaian UMP.

5) Pekerja luar : waktu maksimum pekerja luar dibenarkan berada didalam kawasan KK adlh sehingga jam 7mlm. Mana-mana pekerja luar yang diragui dan melebihi waktu bekerja dibenarkan untuk siswi mengambil maklumat untuk tindakan pihak yang berkenaan. Maklumat yang dimaksudkan adalah wakil dari syarikat mana,tarikh & waktu kejadian, apa yang mereka lakukan disitu (ada projek @ sebagainya). Makluman ini boleh disalurkan kepada pihak kolej kediaman untuk tindakan lanjut.

6) Kawasan UMP : keluar selepas jam 12 mlm memerlukan rekod pada pihak keselamatan. Rekod diambil untuk tujuan keselamatan. Walaubagaimanapun, disaran agar semua pelajar berada di dalam kolej kediaman sebelum jam 12 malam bagi memastikan tahap keselamatan mahasiswa terjamin. Sebarang tujuan keluar selepas jam 12mlm adalah dibawah tanggungjawab mahasiswa sendiri dan tetap bertanggungjawab ke atas nama dan imej baik universiti . Universiti tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan siswa/siswi. Keluar/masuk selepas jam 12mlm akan direkod oleh pihak keselamatan. Menaiki kenderaan berdua-duaan 1 lelaki & 1 perempuan adalah tidak digalakkan. Hal ini bertujuan untuk mengelak fitnah dan perkara yang tidak diingini selaras dengan hasrat kempen APAKAH DOSAKU..
7) Aktiviti dikampus : Pelajar yang berdua-duaan dikawasan gelap & tertutup sehingga menimbulkan syak dan keraguan dilarang keras dan akan dikenakan tindakan kompaun & tatatertib.

8) Saman : siswa/i yang dikenakan saman boleh mengajukan surat rayuan kepada JHEPA/ Pengetua Kolej Kediaman untuk mngurangkan jumlah saman. Rayuan adalah atas budi bicara. Pembayaran melalui bendahari UMP dan tiada mana-mana pihak selain bendahari berhak mengutip kompaun tersebut.

9) Etika saman :
a. Siswa/i yang ditahan melakukan kesalahan dinasihatkan untuk berbudi bahasa kepada pihak yang mengeluarkan saman. Ini kerana saman/notis yang dikeluarkan adalah dari budi bicara pihak yang bertanggungjawab mengikut undang-undang dalam Universiti Malaysia Pahang.
b. Bagi siswa/i yang ingin melaporkan aduan/kesalahan yang datangnya daripada pengawal keselamatan, sila terus berhubung dengan pegawai keselamatan di pejabat keselamatan. Aduan tersebut wajarlah disalurkan oleh saksi salah laku tersebut berserta bukti.

9) Etika aduan kafeteria :
siswa/i yang menghadapi masalah harga/kualiti kafateria boleh terus menyalurkan aduan kepada staf-staf yang berkaitan (Pejabat Kolej Kediaman @ felo) beserta bukti yang ada. Harga makanan masih pada kadar yang sama.(Contoh kes = harga telur goreng pada 2/1/11 ialah 50sen, harga telur goreng pada 8/1/11 ialah 80sen). Kes-kes yang berkaitan dan wajar juga boleh disalurkan. Jika kes-kes berkaitan telah berlaku, segera hubungi pihak yang berkaitan.

10) Turut dibawa ialah cadangan untuk menutup jalan keluar masuk ump jalan belakang (antara KK1 & KK2) bagi memudahkan urusan keselamatan dari pukul 12 hingga 6 pagi. Sebarang urusan keluar masuk sila gunakan pintu hadapan UMP.

Selain itu, MPP dan wakil Pemimpin UMP Pekan telah mengutarakan hasrat mahasiswa dalam pertemuan tersebut berbentuk satu resolusi mengenai perkara ini. Penghasilan resolusi yang menggariskan kehendak mahasiswa supaya etika pemakaian di UMP dapat dijalankan dengan sempurna dan berterusan adalah seperti berikut :
1) Mahasiswa/mahasiswi perlu berpakaian sopan dan mengikut kriteria minimum yang ditetapkan semasa berada di kawasan kolej kediaman.
2) Pemantauan berkala di kawasan kolej kediaman oleh pegawai keselamatani.
INFO MENGENAI KES-KES KESULITAN YANG BERLAKU BARU-BARU INI / KESELAMATAN MAHASISWA/ HAL-HAL LAIN:
1. Tiada pemeriksaan kad matrikulasi di dalam bas.
2. Pemakaian baju/seluar yang ketat atau mencolok mata tidak dibenarkan samasekali.

3. Penggunaan padang futsal di UMP PEKAN pada hari bekerja adalah sehingga jam 12.00 tengah malam manakala pada hari minggu adalah sehingga jam 2.00 pagi.
4. Penggunaan kemudahan pingpong di KK5 UMP PEKAN adalah sehingga pukul 12.00 tengah malam dan pengguna adalah mesti tidak mengganggu dengan bunyi bising sehingga menimbulkan ketidakselesaan para penghuni sepanjang waktu tersebut.

5. Penggunaan basikal dari Pusat Koko di UMP PEKAN untuk tujuan reakrasi dibenarkan kecuali pada hari Rabu dan perlu direkod (rujuk pejabat kolej kediaman KK5).

DIHARAP semua dapat memberikan kerjasama dalam hasrat JHEPA, KESELAMTAN UMP, MPP & SUARA MAHASISWA untuk mengembalikan keadaan UMP yang berdisiplin dan selamat demi kebaikan bersama. Penambahbaikan & pembaharuan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Maklumat akan ditambah/diperbaiki jika terdapat kekurangan dari semasa ke semasa.

Perkara di atas adalah dibahas dan dibincang dalam mesyuarat pada 12 JANUARY 2011 dan diminitkan bersama pihak JHEPA, KESELAMATAN, PENGETUA KK5 bersama MPP dan Pemimpin UMP Pekan (MECHAPRO, EEES,PEKA 5 ).

Sekian.

MPP UMP 2011/2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...