Monday, June 13, 2011

Teknologi Kitar Semula Minyak Hitam


30 Delegasi BAKORMA Berkunjung Melawat UMP


Kuantan, 9 Jun - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan lawatan rasmi delegasi daripada Badan Koordinasi Kemahasiswaan (BAKORMA) seramai 30 di kalangan Pengarah  dan  Timbalan Pengarah mewakili  15 politeknik seluruh Indonesia baru-baru ini.
      Kunjungan bersempena Forum Direktor Politeknik Se-Indonesia yang merupakan program tahunan BAKORMA ini melibatkan penyertaan daripada  Politeknik Bangka Belitung, Politeknik Batam, Politeknik Pertanian Pankep, Politeknik Negeri Tual, Politeknik Pertanian Samarinda, Politeknik Negeri Bali, Politeknik Pertanian Payakumbuh dan Politeknik Manufaktur Bandung.
      Lain-lain adalah Politeknik Pontianak, Politeknik Negeri Manado, Politeknik Perkapalan Surabaya, PL31 Medan, LP3M Medan, Politeknik MBP dan Politeknik Negeri Medan.
      Ketibaan delegasi yang diketuai Dr. Benny Benyamin Nasution daripada Politeknik Negeri Medan ini disambut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi, (FKKPT), Prof. Ir. Dr. Md. Yusof Ismail dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Prof. Madya Zulkafli Hassan.
      Turut hadir Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Profesor Dr. Abd. Jalil Borham dan Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), Ir. Zulkiflee Khalidin.

 


Profesor Dr. Badhrulhisham turut memberi taklimat ringkas mengenai latar belakang universiti dan pengajian akademik di UMP.
      Katanya, UMP ketika ini UMP menerima pelajar institusi kemahiran iaitu lepasan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bermula tahun ini untuk beberapa program tertentu," katanya semasa sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat UMP.
      Selain UMP, Majlis Teknikal Universiti-Universiti Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga disaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi  untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, institusi politeknik di Malaysia juga sedang melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi utama dalam pengajian Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET).
      Manakala menurut Dr. Benny berkata, kunjungan badan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, memperkukuh hubungan dan mendapatkan peluang dalam membangunkan bidang pendidikan di negara ini.
Katanya, selain UMP delegasi  BAKORMA juga akan berkunjung ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Politeknik Seberang Prai bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang kemahasiswaan dan pengajian akademik.

 

      Menurut beliau, pihaknya berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMP dalam bidang pengembangan sumber manusia dan bidang pengajian lepasan Diploma pendidikan tiga dan empat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang bersesuaian dengan bidang kepakaran politeknik masing-masing.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Politeknik Perkapalan Surabaya, Fais Hamzah berkata, pihaknya yang memfokuskan kejuruteraan mekanikal sangat tertarik dengan kemudahan makmal di UMP dan berhasrat menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar serta pembangunan kemahiran insaniah  bagi melahirkan pelajar yang kompeten.
      Delegasi berpeluang melawat makmal FKKSA dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan serta sekitar kampus sebelum meneruskan lawatan selama tiga hari di Malaysia.

Kajian Mohd Rashid Dapat Pengiktirafan

1000 Warga UMP Sambut Hari Keluarga

 
Kuantan, 11 Jun - Hampir 1000 warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir bersama keluarga memeriahkan sambutan Hari Keluarga UMP pada tahun ini anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Staf (BKSS)  di Perkarangan Kompleks Sukan UMP baru-baru ini.
Penganjuran aktiviti sukaneka yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu peringkat kanak-kanak dan dewasa ternyata meriuhkan suasana serta berjaya merapatkan ikatan kekeluargaan di kalangan warga kerja UMP.

      Antara acara yang dipertandingkan bagi kategori peringkat kanak-kanak adalah membawa bola ping pong dalam sudu, memancing botol, merebut kerusi bermuzik dan  baling belon air.

  
      Lebih menarik, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Peraduan Pakaian  Beragam bertemakan 1 Malaysia meyaksikan pelbagai ragam dan aksi kanak-kanak dalam menjayakan acara.
      Acara sukaneka peringkat dewasa juga turut menggamatkan acara apabila masing-masing menunjukkan kehebatan dalam merebut gelaran juara dalam acara boling bola ragbi, lari dalam guni, lari kaki tiga, susun bata, menganyam ketupat dan sambut sayang.
      Program dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.  Turut hadir Pengerusi BKSS, Haji Mustafa Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Badrulhisham Abd Aziz, Timbalan Pengerusi BKSS, Ir Zulkeflee Khalidin dan Ketua Pustakawan, Haji Ruslan Che Pee.

  
     
      Haji Mustafa berkata, program ini merupakan satu  pendekatan untuk memanfaatkan masa kualiti di antara warga UMP bersama keluarga masing-masing.
      "Sambutan hari keluarga seperti ini berupaya menjadi medan menyatukan antara staf bersama keluarga," kata beliau.
      Menurutnya, pertemuan dalam suasana santai dan mesra mewujudkan semangat ukhwah yang baik seterusnya membolehkan staf dapat saling mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Katanya, selama ini staf mungkin sibuk dengan tugas masing-masing sehingga sukar menjalankan aktiviti bersama keluarga, namun dengan adanya program sebegini secara tidak langsung dapat menggalakkan aktiviti riadah yang menyihatkan.
      "Secara tidak langsung staf dapat mengenali antara satu sama lain memandangkan keluarga UMP sudah semakin besar dan jumlahnya kini mencapai 1,600 orang," katanya.

 
    
      Selain itu, acara cabutan bertuah turut menawarkan lebih 400 hadiah menarik untuk dimenangi termasuk motosikal, loket emas, perabot jati, peralatan elektrik dan pelbagai hadiah lain.
      Penerima hadiah utama, Penolong Akauntan dari Jabatan Bendahari, Ramlee Ab. Hamid berkata, beliau tidak menyangka dapat membawa pulang sebuah Motor Yamaha Ego S.
      Beliau menganggap ianya sebagai hadiah sumbangan dari UMP untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tahniah Dr Noraziah Ahmad dari FSKKP

Friday, June 10, 2011

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010


UMP Perkenal Program Bahasa Melayu

UMP PERKENAL PROGRAM BAHASA MELAYU BANTU 
PELAJAR ANTARABANGSA


Wednesday, June 8, 2011

Proses Penyelengaraan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Makluman kepada semua mahasiswa/wi UMP, Pihak universiti akan menjalankan proses penyelengaraan dan mengecat di kolej kediaman 1 dan 3 secara besar-besaran selepas 15 Julai 2011.Sehubungan dengan itu, mahasiswa/wi KK1 dan KK3 dikehendaki mengosongkan bilik kediaman masing-masing bagi memudahkan proses kerja penyelengaraan dan mengecat.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih.

Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Dari Pekan Ke Putrajaya




UMP Jalin Kerjasama Dengan Northern Illinois University (NIU)

 
UMP Jalin Kerjasama Dengan Northern Illinois University (NIU),
 Tawar Program Teknologi Kejuruteraan



Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin dilantik Komandan Kor Suksis UMP yang baharu

MESYUARAT PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN

video

Tuesday, June 7, 2011

LAPORAN PROGRAM BENGKEL TEST 2011 EXPOCONVO

LAPORAN PROGRAM BENGKEL TEAMBULIDING,LEADERSHIP AND SECRETARIAT TRAINING (TEST 2011) EXPOCONVO

23-26 MEI 2011
Fantasia Beach Resort

HARI PERTAMA(23 MEI 2011)
Seramai 104 orang sekretariat expoconvo termasuk sekretariat inovasi terlibat dalam bengkel TEST.
Secretariat Training 1: Expoconvo’11:Hasrat Saffad/UMP

                                         Penceramah:Encik Abdul Shukur Bin Ishak

Slot 1: Ice breaking 1 dan 2


 
Titik pertemuan dan perkenalan antara setiap peserta bermula di sini



Perbincangan untuk melukis logo unit sedang berlaku
 
Secretariat Training 3: Convest ’10 IIUM:SHARING MOMENT
Massa: 9.30pm

 
Saudara Syazwan sedang menerangkan konsep Convest’10 IIUM

Sesi soal jawab antara penceramah danagan peserta

HARI KEDUA (24 MEI 2011)
Senaman Pagi
Masa:6.30 A.M
Lokasi: Pantai Balok


Secretariat Training 4:Event Management:apply to Expoconvo’11
Penceramah:En Saiful Bahri Bin Ahmad Bakarim
Masa: 8.00A.M
Lokasi: Dewan Utama,Fantasia Beach Resort


 
Secretariat Training 4:Financial for non-financial
Penceramah:En Azizan Bin Abdul Azit
Masa: 10.00A.M
Lokasi: Dewan Utama,Fantasia Beach Resort



Penerangan mengenai keperluan akaun dalam mengendalikan sesebuah acara dan sebagainya.

Leadership 1: Taklimat perancangan Expoconvo’11 oleh Ketua Pengarah

Penerangan oleh Ketua Pengarah eXpoconvo 2011


Perbincangan awal dalam setiap unit bermula

Leadership 2: Perancangan asas, cadangan acara & sasaran mengikut
                        Jawatankuasa

 
Setiap peserta sedang melakukan perancangan yang rapi

Teambuilding 1
Masa: 10.30P.M
Lokasi:Sekitar Fantasia Beach Resort


                      Setiap peserta kelihatan sedang fokus dengan aktiviti yang dijalankan


                                          Sifat kerjasama dalam kumpulan terpupuk di sini.

HARI KETIGA(25 MEI 2011)
Leadership 3: Perancangan kewangan/bajet


 
Leadership 4:Perancangan Gerak Kerja(Gant Chart)


Teambuilding 2
Masa: 2.00P.M
Lokasi : Hadapan Pantai Balok



Walaupun berlainan pasukan, tetapi ukhwah yang terjalin sangat erat.


Kelihatan Pasukan Oren sedang menyusun strategi dalam acara tarik tali 
Semangat dan ukhwah yang kuat dalam pasukan Biru, seterusnya menjadi pemenang pasukan keseluruhan  acara.

Majlis Makan Malam BBQ/penyampaian hadiah

Masa: 8.00P.M
Lokasi: Lobi Fantasia Resort(ruang makan)

Persiapan untuk Makan Malam BBQ sedang dijalankan

 
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang

HARI KEEMPAT (26 MEI 2011)
Pra-pembentangan kepada Majlis Tertinggi
Masa: 8.00A.M
Lokasi: Dewan Utama,Fantasia Beach Resort

 
Pembentangan daripada beberapa unit eXpoconvo

Pembentangan kepada Pengurusan Saffad/Penasihat
Masa: 10.30A.M
Lokasi: Dewan Utama,Fantasia Beach Resort

 
Penerangan dimulakan oleh Pengarah eXpoconvo


Pihak pengurusan dan semua peserta sedang khusyuk mendengar pembentangan

Penyampaian hadiah kepada peserta lelaki terbaik bengkel TEST 2011

Penyampaian hadiah kepada peserta perempuan terbaik bengkel TEST 2011

Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...