Tuesday, May 3, 2011

SURAT RASMI DARIPADA PERDANA MENTERI UNTUK WARGA UMP YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR







Salam 1 Malaysia,

Sekeping kad atau panggilan telefon dari ayah dan mak amat berharga buat saya bila tiba saat peperiksaan. Sejuk hati mendengar nasihat dan doa ikhlas ayah dan mak. Semangat bertambah kuat dan berkobar untuk memberikan yang terbaik. Saya pasti anda juga melalui pengalaman itu.
Saya amat berbangga dengan kejayaan anda yang telah berjaya sampai ke menara gading. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini tanpa usaha yang bersungguh-sungguh beserta doa. Saya tahu bagaimana rasanya bersengkang mata dan berpenat lelah, berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Harapan tinggi menggunung untuk mencapai keputusan yang membanggakan.
Saya amat berbesar hati diberi peluang yang sebegini untuk berinteraksi dengan anda. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat anda yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Berserta usaha dan berkat doa ia pasti akan berbaloi.
Diharapkan dengan kejayaan yang cemerlang, maka terbentuklah satu generasi yang pasti mempimpin rakyat Malaysia kea rah masa depan yang lebih gemilang. Agar kegemilangan tersebut bakal menjadi harapan suci ayah, mak dan seluruh rakyat Malaysia.
Saya akan sentiasa bersama anda untuk memberikan yang terbaik buat negara tercinta. Saya boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja di laman web Twitter (@NajibRazak), laman facebook (Najib Razak) & juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my.
Selamat Menghadapi Peperiksaan! Sentiasa berikan yang terbaik.
Ikhlas daripada,







Najib Razak

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...