Tuesday, May 3, 2011

CERAMAH MOTIVASI: MAGNET DIRI

          Ceramah ini diadakan di atas kesedaran Exco Sahsiah dan Spiritual pada hari 14 April 2011 di Dewan Astaka UMP untuk memberi kefahaman yang jelas kepada mahasiswa akan matlamat dan hala tuju serta meningkatkan semangat motivasi menghadapi peperiksaan akhir semester.Hadirin yang datang ke program ini berpuas hati dengan isi ceramah yang bertajuk “Magnet Diri”. Penceramah jemputan; En. Amin Idris telah berjaya memberi motivasi kepada mahasiswa/i UMP dengan aktiviti-aktiviti yang diselitkan dalam ceramah ini.Selain itu, Program ini dapat menjelaskan hala tuju dan matlamat sebenar bergelar mahasiswa dan melalui ceramah ini, kepelbagaian idea dan hujah dari para panel dapat dinilai dan diambil mengikut kesesuaian diri mahasiswa masing-masing. Program ini telah dihadiri anggaran seramai 150 orang mahasiswa/i UMP. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus, merangkap wakil dari Universiti Malaysia Pahang.


 









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...