Tuesday, May 3, 2011

PROGRAM " FRIDAY WISDOM "



           Program ini dianjurkan oleh Exco Helwa Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Exco Sahsiah dan Spiritual pada hari 15 April 2011 di WDKU 1 UMP. Matlamat utama program ini dijalankan adalah bagi menyediakan program berbentuk pengisian rohani kepada mahasiswi UMP. Program ini juga diusulkan bagi menyediakan platform supaya mahasiswi dapat berkongsi wacana. Hadirin yang datang ke program ini sangat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Penceramah jemputan; Prof. Dr Wan Maseri binti Wan Mohd telah berjaya memberi motivasi kepada mahasiswi UMP. Seramai 87 orang peserta telah menyertai program ini dan mendapat pelabagai faedah melalui program ini.

RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM
Pada keseluruhannya, aktiviti-aktiviti berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sekitar jam 12tengah hari kehadiran para pelajar serta tetamu jemputan/dif-dif terhormat disambut oleh ajk yang ditetapkan. Seterusnya proses pendaftaran peseta program dijalan dengan lancar. Disebabkan dewan kuliah utama 1 digunakan untuk peperiksaan pelajar sebelum program bermula maka program bermula pada jam 12.30 tengahari. Setelah selesai proses pendaftaran, majlis dimulakan dengan serta bacaan doa. Kemudian ucapan alu-aluan dan pembentangan aktiviti diucap oleh Presiden HELWA iaitu Fazliyani binti Hairuman. Sesi ceramah yang bertajuk ”Stigma semasa: Seksi itu cantik?” diberikan oleh Dr Wan Maseri binti Wan Mohd pada pukul 12.30 petang hingga 2.00 petang.Majlis tamat pada pukul 2.00 petang dengan penyampaian cenderahati oleh presiden HELWA kepada penceramah.Wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar Saudari Shahira binti Mohd Basir member sedikit ulasan berkaitan dengan majlis ini. Selepas itu,sesi bergambar bersama ahli jawatankuasa,peserta program dan penceramah sebagai tanda kenangan.Majlis bersurai dan para jemputan dan vip dijemput untuk makan tengah hari. Makanan tengah hari disediakan untuk para jemputan dan vip. Jumlah makanan yang disediakan adalah mencukupi.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...