Wednesday, May 4, 2011

LAPORAN PENUH LAWATAN KE TAPAK ASRAMA 1400 DAN PUSAT AKTIVIITI PELAJAR KAMPUS PEKAN




4 MEI 2011
RABU
10.30 a.m
En.Abdul Hadi Bin Daud (Jurutera Tapak)
En.Izwan Bin Ismail (pengawai JPPH)
Qamaruddin Mohd Fauzi (MPP, exco pembangunan Mahasiswa)
Shahira Bt Mohd (S/U Agung)
Nursyakila Bt Jamal (Exco Kebajikan Mahasiswa)

Seperti yang telah disepertujui bersama En. Izwan Bin Ismail salah seorang pengawai JPPH dengan masa dan tarikh yang telah ditetapkan, kami barisan MPP telah mengadakan lawatan ke tapak asrama 1400 dan komlpeks aktiviti pelajar diiringi oleh beliau sendiri serta En.Abdul Hadi Bin Daud yang merupakan Jurutera tapak pembinaan. 
menyambut ketibaan En.Abdul Hadi Bin Daud

Sebelum memulakan lawatan ke tapak pembinaan, kami diberikan penerangan ringkas mengenai kompleks aktiviti pelajar dengan menggunakan Model yang diterangkan satu
demi satu aras bangunan.
Model kompleks aktiviti pelajar, model bumbung adalah berbentu kubah.

Aras 3: Surau yang akan memuatkan 2000 orang pelajar, manakala dataran yang berwarna hijau boleh memuatkan pelajar dalam 2000 orang pelajar juga.

Aras 2: Bilik Aktiviti Pelajar, kotak kecil yang berwarna biru menunjukkan lif dalam bangunan, dan mempunyai ruang legar yang boleh memuatkan seramai 500-1000 orang pelajar.
Aras bawah:  dua outlet cafĂ© yang disediakan yang dapat menampung 1400 orang pelajar.
Kami difahamkan semua bangunan yang sedang di bina telah mendapat kelulusan pihak bomba terlebih dahulu, dan selepas siap anggaran dalam bulan 8 ini akan diadakan Ujian keselamatan.


Warna-warna pada bangunan termasuk asrama 1400 adalah atas pilihan Dato Daing Nasir sendiri.


Selepas dari bilik mesyuarat di tapak pembinaan, kami di bawa masuk melawat bangunan asrama 1400 yang 90 peratus telah siap . Terdiri daripada 6 blok asrama, di mana pihak JHEPA telah memaklumkan pada bulan 7 nanti, segala perabot akan dimasukkan ke dalam bangunan. Manakala pada bulan 8, segala pembinaan yang dibangunkan sekarang akan siap
sepenuhnya, seperti perpaipan, internet, kemudahan-kemudahan lain.
Sebahagian daripada 6 blok asrama
1 blok terdapat 2 tower yang bersambung

Mula memasuki bangunan asrama 1400
Ruang tengah asrama
Ampaian dan bilik tandas, 2 pintu tandas untuk 1 rumah, 1 rumah 4 bilik


Cable internet

Setiap bilik dilengkapi lampu belajar, cable port, 2 sockets outlet, rak buku juga 
disediakan diatas lampu belajar




Lagi ruang tandas

Bumbung yang menghubungkan dari satu blok ke blok yang lain

Wakaf-wakaf yang disediakan


Kemudian, kami di bawa masuk ke tapak pembinaan kompleks aktiviti pelajar



 cafĂ© Outlet

Lift dan tangga


Sedikit dari Pemandangan atas







Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat.
Oleh: Nursyakila Bt Jamal


2 comments:

wao, that pusat aktiviti look great~

As Salam,
boleh ker share dgn saya berkenaan kolej kediaman 1,2,3,4

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...