Tuesday, September 6, 2011

Ucapan Khas YDP MPPUMP Sempena Kemasukan Mahasiswa/i Baharu Universiti Malaysia Pahang










Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

     Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (MPPUMP) sesi 2011/2012 dengan sukacitanya mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh mahasiswa/i yang berjaya meneruskan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang bagi program Ijazah Pertama & Diploma bagi sesi 2011/2012.

Mahasiswa/i sekalian,

     Manusia tanpa ilmu bagaikan seorang yang buta. Untuk berjalan ia memerlukan panduan serta bimbingan .Sekiranya manusia ingin mengecapi sesuatu kejayaan, kita memerlukan cahaya petunjuk iaitu ilmu.

Rasulullah s.w.t bersabda:

"Barangsiapa ingin berjaya di dunia, hendaklah dengan ilmu, barangsiapa ingin berjaya di akhirat hendaklah dengan ilmu, dan barangsiapa inginkan kedua-keduanya hendaklah jua dengan ilmu"

Hal sedemikian, memperlihatkan kepada kita peri pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia.

       Universiti berperanan sebagai gerbang keilmuan sejagat. Universiti merupakan medan untuk kita menimba ilmu, beramal serta menyampaikan ilmu yang telah kita miliki. Budaya keilmuan perlu terus disuburkan bertepatan dengan tujuan universiti bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. Keberadaan di universiti tidak bermakna hanya untuk menuntut ilmu semata-mata kerana apa yang lebih penting ialah mahasiswa/i sekalian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat menghadapi persaingan dunia luar yang tidak menentu dan serba mencabar.

     Akhir kata, manfaatlah kesempatan yang dimiliki di alam kampus ini dengan membina diri menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada agama,negara dan bangsa.

Sekian,

wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh

"Dengan Hikmah Kami Memimpin Dengan Hikmah Mahasiswa Dipimpin"

Ikhlas daripada,

Muhamad Fazli Bin Abd Halim
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Pahang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...