Sunday, July 24, 2011

Selamat Datang ke UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG kepada seluruh mahasiswa/i baharu


Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (MPPUMP) sesi 2011/2012 sukacitanya mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh bakal mahasiswa yang berjaya meneruskan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang bagi program Ijazah Pertama bagi sesi 2011/2012. Tahniah dan selamat datang diucapkan.

Untuk pengetahuan bakal mahasiswa Universiti Malaysia Pahang, MPPUMP merupakan sebuah badan kesatuan mahasiswa yang merupakan pertubuhan utama mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang.

Oleh itu, jika saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Universiti Malaysia Pahang atau mempunyai sebarang permasalahan yang lain, MPPUMP dengan sukacitanya menjemput saudara/i melayari laman sosial rasmi (Facebook) MPPUMP dengan mengakses Majlis Perwakilan Pelajar UMP 2011/2012.

Saudara/i juga boleh terus menghubungi ahli MPP yang berkenaan seperti berikut :

1 .Shahira Binti Mohd Basir, Setiausaha Agung MPPUMP (0136279406)

2. Kamilia Hani Binti Mohd Bashri, Naib Yang Dipertua Jabatan Kebajikan Mahasiswa (0193774867)

3.Nagor Nisah Binti Raja Mohammad, Naib Yang Dipertua Jabatan Komunikasi Korporat dan Kualiti (0175995846 )

Kami bagi pihak MPPUMP sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat anda seluruh bakal mahasiswa Universiti Malaysia Pahang.

Tahniah kerana menjadikan Universiti Malaysia Pahang sebagai universiti pilihan utama anda.

Dengan Hikmah Kami Memimpin Dengan Hikmah Mahasiswa Dipimpin

Sekian terima kasih

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Pahang
Sesi 2011/2012

Blog: http://mpm-ump.blogspot.com

Facebook : Majlis Perwakilan Pelajar UMP 2011/2011

Oleh: YDP MPM UMP 11/12 (M.Fazli Halim)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...