Kuantan 15 Oktober - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (kakkUMP) anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang yang berlangsung tiga hari berakhir semalam di Kompleks Megamall Kuantan berjaya membantu bakal graduan dan masyarakat setempat mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai mengikut kemahiran masing-masing.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, “Program yang diperkenalkan kerajaan, 3P iaitu Program Penempatan Pekerjaan merupakan salah satu usaha berterusan pihak kerajaan untuk membantu memudahkan pencari kerja mendapatkan pekerjaan sekaligus dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.”
“Pihak Kementerian menubuhkan 22 buah Pusat JobsMalaysia yang merupakan pusat sehenti bagi majikan yang memerlukan tenaga pekerja dan pencari kerja yang berdaftar dipadankan agar kekosongan pekerjaan dapat diisi dengan cepat dan mudah,” katanya semasa merasmikan kakkUMP baru-baru ini.
Beliau menambah, Kerajaan turut memperkenalkan Tabung Usahawan Siswazah (TUS) yang diuruskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dalam membantu golongan yang minat dalam bidang perniagaan.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, karnival ini merupakan medan pendedahan kepada pelajar, graduan dan orang ramai terhadap peluang kerjaya dan aspek-aspek penting yang berkaitan termasuklah syarat minimum, kelayakan, laluan kerjaya, insentif dan sebagainya.
Katanya, satu aspek lain yang diberi penekanan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kini ialah bidang keusahawanan dengan wujudnya komponen pembudayaan keusahawanan dalam sukatan pengajian di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Karnival yang mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (Persis) ini menyaksikan lebih 40 syarikat turut serta menjayakan program, antaranya melibatkan Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd, Hicom Automotive Manufacturers Sdn Bhd, Malaysia Airport (Niaga) Sdn Bhd, Bukit Gambang Resort City, KFC Holding (M) Berhad, Latifle Sdn Bhd dan Rangkaian Delima Plantation Sdn Bhd.
Selain pameran kerjaya dan keusahawanan turut diadakan temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah motivasi oleh Osman Affan, pertandingan band akustik terbuka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
0 comments:
Post a Comment