Monday, October 31, 2011

Warga UMP meriahkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

  Kuantan, 27 Oktober-Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) berpeluang mengikuti Syarahan Pak Sako yang disampaikan ahli linguistik yang juga Profesor Bahasa Melayu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Syarahan Pak Sako ini merupakan program pembudayaan bahasa yang dilaksanakan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan memilih nama Pak Sako yang merupakan nama pena bagi tokoh bahasa dan penulisan kelahiran negeri Pahang, Allahyarham Ishak Haji Muhammad.Program dianjurkan Jabatan...

UMP Bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim Tingkat Kesedaran IT

 Kuantan, 29 Oktober - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus menyumbang kepakaran dalam membangunkan sosio-ekonomi dan memasyarakatkan universiti apabila berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam bidang ICT di kalangan seramai 311 ibu tunggal dan anak yatim sekitar negeri Pahang dengan penganjuran Bengkel Pengenalan laman Sosial dan Kesedaran ICT hari ini. Bengkel anjuran Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia dan MSC Pahang ini melibatkan peserta daripada Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Mentakab, Pekan...

Metro:Ibu Tunggal,Anak Yatim Tingkat Ilmu ICT

...

Thursday, October 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali

...

UMP Jalin Kalobrasi Amal Perkongsian ICT

Kuantan, 27 Oktober- Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi kepakaran dan amalan teknologi maklumat (ICT) dengan memperkenalkan produk ICT di kalangan IPT lain termasuk Politeknik, kolej, Industri, agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Langkah ini juga sebagai inisiatif UMP dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan atau GTP bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan cekap menggunakan aplikasi ICT sebagai pengupaya utama (key enabler).            Justeru, keutamaan diberikan kepada pembangunan dan penggunaan ICT dalam skop yang lebih luas dengan meliputi...

Sinar Harian:Hasrat Derma Organ Termakbul

...

Warga UMP Tingkat Kesedaran Pendermaan Organ

Kuantan, 19 Oktober -  Hampir 1000 pengunjung tidak melepaskan peluang hadir mendapatkan informasi dan memeriahkan sambutan Minggu Pendermaan Organ Peringkat Negeri Pahang 2011 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan Kerjasama Pusat Kesihatan Pelajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini. Sambutan bertemakan "1 Malaysia 1 Harapan : Dermalah Organ Demi sebuah Kehidupan" ini diadakan bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ dan tisu yang dirai mulai 16 hingga 24 Oktober setiap tahun di Malaysia. Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr. Nooraini Baba berkata, program ini dapat mempromosi dan mendedahkan masyarakat...

Presiden CUEPACS Berdialog Bersama Staf UMP

Kuantan, 18 Oktober - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Dato’ Haji Omar Osman menyarankan staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menubuhkan persatuan yang bertujuan mengeratkan hubungan lebih  harmoni di kalangan pekerja dan pihak majikan. Katanya, penubuhan persatuan ini sebagai kumpulan perunding yang memainkan peranan untuk sama-sama  mencapai objektif dalam memajukan universiti.  Beliau hadir dalam menyampaikan taklimat kepada hampir 100 orang staf UMP dalam Majlis Taklimat Isu Semasa dan Berdialog Bersama Presiden Cuepecs di Auditorium Perpustakaan UMP anjuran Jabatan Pendaftar...

Tuesday, October 18, 2011

ISU2 kampus Pekan

           Ringkasan Beberapa isu/masalah kebajikan Kampus Pekan Masalah Cadagan Penyelesaian & Respon KK51.Hampir 1 semester telah berlalu, masalah internet slow di KK5 masih tidak selesai. Respon daripada pihak PTMK pekan, En.Badrul menyatakan di pihak mereka telah menghantar proposal bagi menwujud kondisi pengunaan internet yang lebih baik, tetapi, proposal yang telah dihantar ke KPT tersebut masih “sangkut” kerana bajet yang diperuntukan adalah hampir mencecah RM 1 juta. Kerana lina yg ada skrg ni, line yg di tarik dari gambang. 1.Cadangan daripada YDP, Fazli Halim: sekiranya kita tidak mampu membantu pihak PTMK dari segi bajet, kita come out dengan penyelesaian yang kita sendiri cadangkan pada pihak mereka...

Monday, October 17, 2011

Aston University Tinjau Prospek Kerjasama dengan UMP

Kuantan, 15 Oktober - Penawaran program-program pasca-siswazah berkaitan teknologi dan kejuruteraan secara usahasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan antara prospek yang ditinjau semasa lawatan singkat delegasi Aston University (Aston), United Kingdom ke universiti baru-baru ini. Hasrat ini disuarakan oleh Ketua Program MSc Professional Engineering Aston, Bill Glew semasa lawatan dan sesi perbincangan yang diadakan bersama dekan, pengarah, penyelidik dan ahli akademik di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canseleri. Menurut Bill Glew, Aston sedang mencari rakan kongsi strategik di Malaysia bagi tujuan kerjasama ini. Turut...

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP Tawar Peluang Pekerjaan

  Kuantan 15 Oktober -  Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (kakkUMP) anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang yang berlangsung tiga hari  berakhir semalam di Kompleks Megamall Kuantan berjaya membantu bakal graduan dan masyarakat setempat mendapatkan  peluang pekerjaan yang sesuai mengikut kemahiran masing-masing. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, “Program yang diperkenalkan kerajaan, 3P iaitu Program Penempatan Pekerjaan merupakan salah satu usaha berterusan...

UMP Jayakan Penganjuran Karnival Bola Keranjang 3 on 3 IPT

  Kuantan, 14 Oktober – Sebanyak 102 pasukan daripada 29 institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia menyertai karnival Bola Keranjang 3 on 3 bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selama dua hari kejohanan baru-baru ini. Kejohanan anjuran Pusat Sukan UMP, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) ini turut disertai 20 IPTA dan sembilan pasukan antaranya Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej KDU Penang, Kolej KBU, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah,...

Wacana Strategi NC Bincang Pencapaian Pelan Strategik UMP

  Kuantan, 12 Oktober -  Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus melangkah mencipta kecemerlangan berpandukan Pelan Strategik UMP 2011-2015 yang dilihat berada di landasan kukuh dan mampu menjadikannya sebagai universiti teknologi pilihan utama. Selaras dengan matlamat ini, UMP mengukuhkan komitmen yang digariskan dalam Pelan Strategik UMP melalui empat objektif yang spesifik, iaitu pertamanya melahirkan graduan yang berketrampilan melalui penawaran proram kejuruteraan dan teknologi yang kompetitif. Keduanya, menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan tujahan dan bidang kepakaran. Ketiga,...

Friday, October 7, 2011

Sinar Harian:Tidak Sempat Genggam Diploma

...

Thursday, October 6, 2011

7 Alumni Terima Hadiah Sanjungan

Kuantan, 30 September - Seramai tujuh orang ahli Alumni UMP  menerima Hadiah Sanjungan Kepimpinan yang buat julung kalinya diperkenalkan tahun ini dalam Majlis Makan Malam Graduan sempena Majlis Konvokesyen Keenam UMP anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad) baru-baru ini. Mohd. Norfarhan Mohd Mustafa dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik menerima Hadiah Sanjungan Kepimpinan. Sifat kepimpinan beliau terserlah apabila pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Mahasiswa Anak Pahang Kebangsaan (2008), Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kuantan (2010), pengarah dalam program Mesra 1 Malaysia...

103 Pasukan Bakal Beraksi Dalam Karnival Bola Keranjang 3 on 3 di UMP

  Kuala Lumpur, 3 Oktober – Dijangka 103 pasukan akan menyertai karnival bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, malah pasukan turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, hamper dan piala iringan bernilai hampir RM10,000," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim dalam Sidang Media sempena Karnival Bola Keranjang 3 on 3 IPT 2011 di Olyimpic Hall Kuala Lumpur baru-baru ini. Karnival anjuran UMP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini akan merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang dijangka diadakan pada 13 Oktober hingga...

Saturday, October 1, 2011

Mahasiswa Dipuji Urus Expoconvo 11'

Kuantan, 16 September – "Penglibatan mahasiswa dalam penganjuran aktiviti berbentuk ilmiah dapat memberikan nilai tambah dalam pembangunan modal insan yang lebih holistik untuk membentuk individu yang berilmu, berkeyakinan dan berdaya saing," kata ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman sempena Majlis Perasmian Expoconvo 2011 baru-baru ini di Dataran Canseleri UMP Gambang. Katanya, dalam hal ini peranan mahasiswa sebagai pelapis generasi masa depan perlu bersedia menghadapi arus perubahan dewasa  ini. Dato' Sri Aziz memuji kesungguhan pelajar terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar...

Page 1 of 24123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...