Kuantan, 9 Jun - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan lawatan rasmi delegasi daripada Badan Koordinasi Kemahasiswaan (BAKORMA) seramai 30 di kalangan Pengarah dan Timbalan Pengarah mewakili 15 politeknik seluruh Indonesia baru-baru ini.
Kunjungan bersempena Forum Direktor Politeknik Se-Indonesia yang merupakan program tahunan BAKORMA ini melibatkan penyertaan daripada Politeknik Bangka Belitung, Politeknik Batam, Politeknik Pertanian Pankep, Politeknik Negeri Tual, Politeknik Pertanian Samarinda, Politeknik Negeri Bali, Politeknik Pertanian Payakumbuh dan Politeknik Manufaktur Bandung.
Lain-lain adalah Politeknik Pontianak, Politeknik Negeri Manado, Politeknik Perkapalan Surabaya, PL31 Medan, LP3M Medan, Politeknik MBP dan Politeknik Negeri Medan.
Ketibaan delegasi yang diketuai Dr. Benny Benyamin Nasution daripada Politeknik Negeri Medan ini disambut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi, (FKKPT), Prof. Ir. Dr. Md. Yusof Ismail dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Prof. Madya Zulkafli Hassan.
Turut hadir Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Profesor Dr. Abd. Jalil Borham dan Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), Ir. Zulkiflee Khalidin.
Profesor Dr. Badhrulhisham turut memberi taklimat ringkas mengenai latar belakang universiti dan pengajian akademik di UMP.
Katanya, UMP ketika ini UMP menerima pelajar institusi kemahiran iaitu lepasan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bermula tahun ini untuk beberapa program tertentu," katanya semasa sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat UMP.
Selain UMP, Majlis Teknikal Universiti-Universiti Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga disaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, institusi politeknik di Malaysia juga sedang melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi utama dalam pengajian Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET).Selain UMP, Majlis Teknikal Universiti-Universiti Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga disaran oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk berbuat demikian.
Manakala menurut Dr. Benny berkata, kunjungan badan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, memperkukuh hubungan dan mendapatkan peluang dalam membangunkan bidang pendidikan di negara ini.
Katanya, selain UMP delegasi BAKORMA juga akan berkunjung ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Politeknik Seberang Prai bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang kemahasiswaan dan pengajian akademik.
Menurut beliau, pihaknya berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMP dalam bidang pengembangan sumber manusia dan bidang pengajian lepasan Diploma pendidikan tiga dan empat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang bersesuaian dengan bidang kepakaran politeknik masing-masing.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Politeknik Perkapalan Surabaya, Fais Hamzah berkata, pihaknya yang memfokuskan kejuruteraan mekanikal sangat tertarik dengan kemudahan makmal di UMP dan berhasrat menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar serta pembangunan kemahiran insaniah bagi melahirkan pelajar yang kompeten.
Delegasi berpeluang melawat makmal FKKSA dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan serta sekitar kampus sebelum meneruskan lawatan selama tiga hari di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment