1 Sejarah yang dilakar oleh pihak MPM'11 UMP bilamana, mereka digabungkan dalam satu program yang banyak menyimpan seribu satu kenangan. Akhirnya pada 3 April 2011 program yang berlangsung bermula 1 April 2011 ini telah berakhir dengan jayanya. Peserta-peserta yang hadir tanpa mengira wakil-wakil kelab atau persatuan masing-masing telah berkerjasama dalam merebut gelaran pemenangan dalam aktiviti menarik selama berlangsungnya program.
Start sahaja menaiki bas untuk ke tapak program (TERATAK MALAYA) Janda Baik,Pahang. kami telah di beri tugasan untuk menghafal lagu 1 Malaysia, dan jejak kenal penumpang-penumpang bas.
Setibanya di tapak program, semuanya agak teruja dengan kecantikan landskap yang menarik perhatian setiap peserta. kehijauan tumbuh-tumbuhan, tasik kecil dan kolam ikan yang cantik, sungai bersih yang mengalir, kicauan burung-burung. Sungguh sukar untuk dilupakan.
Program diteruskan dengan slot2 yang disampaikan oleh pihak JHEPA sendiri, sesi soal jawab dan dialog.
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut warna baju yang diberi. Terimbau kenangan sewaktu sekolah dahulu.
Macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh peserta sewaktu mempersembahkan yell, logo dengan semangat sepasukan. sungguh menakjubkan. sepintas sahaja, wakil-wakil pemimpin dari berbeza idealism ini bersatu.itulah semangat yang dimahukan!!
explorace dimulakan oleh kumpulan hijau iaitu kumpulan yang terdiri dari YDP MPM'11 sendiri. sangat mencuit hati melihat mereka menempuh check point yang terpaksa dilalui. Masuk kolam ikan, Gol kan bola dalam lumpur, masuk sungai kena pamping, lompat bintang,rendam hingga kepala,musang berjanggut kena kupas bawang, tak cukup dengan itu, berguling-guling atas padang, naik turun tangga 6 kali, dan yang paling menarik tangkap ikan dalam tasik. =)
setelah penat berexplorace malamnya, pembentangan takwin MPP,kelab dan persatuan lain. dalam mencari titik-titik pengabungan program.
keesokannya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta, dimana mereka pergi Jungle tracking dan bermandi manda di waterfall yang sangat bersih airnya.
peserta-peserta juga dapat beramah mesra dengan Dato NC Daeing Nasir yang turut turun melihat keringan mereka. dan menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk keseluruhan aktiviti telah dimenangi oleh kumplan Red Dragon. kumpulan lain juga sama-sama meraih kemenangan.
Semoga selesainya program SMTB ini dapat mewujudkan modal sosial yang kuat antara semua kelab dan persatuan bersama MPP.
untuk galeri foto sila lihat: http://www.facebook.com/album.php?id=195851520437060&aid=44992
0 comments:
Post a Comment