Assalamua'laikum dan salam sejahtera,
bagi memperkasakan pembudayaan Etika Pemakaian dan Identiti Mahasiswa,
Berikut adalah beberapa isu/perkongsian etika pemakaian dan keselamatan mahasiswa adalah seperti berikut :
1) KAD MATRIK : perlu dipamerkan dan dibawa setiap masa (selagi berada di kawasan universiti terutama di kawasan pentadbiran UMP) kegagalan akan menyebabkan anda dikenakan kompaun (atas budi bicara dan mengikut keadaan). Lesen kenderaan juga perlu dibawa bagi yang menggunakan kenderaan. MEMBAWA kenderaan tanpa lesen adalah salah dari segi undang2 Malaysia dan juga UMP.
2) Kain pelekat :
Siswa yg ingin menggunakan kain pelekat haruslah mengenakan tatacara pemakaian konvensyen. Iaitu, memakai kain pelekat bersama baju melayu dan bersongkok/kopiah. Pemakaian kain pelekat bersama baju tshirt/singlet adalah tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan kompaun sekiranya melakukannya. Tatacara pemakaian konvensyen ini selaras dengan hasrat UMP untuk melahirkan pelajar yang berimej kemas. Selain itu, ini memudahkan siswa untuk ke masjid dan makan di cafeteria.
Juga adalah tidak sesuai dikenakan terutama di kafetaria yang mana ada percampuran lelaki dan perempuan. Namun, suara majoriti diperlukan terutama dari mahasiswi berkaitan pemakaian kain pelekat oleh mahasiswa di kawasan kafetaria. Pemakaian ini diletakkan di bawah bahagian budi bicara.
3) Tatacara pemakaian mahasiswa/i : pemakaian seluar pendek, baju lengan pendek yang melampau, pakaian ketat dan pendek adalah dilarang sama sekali bagi siswi terutama di cafeteria & semasa riadah. Pemakaian seluar pendek atas lutut juga dilarang bagi siswa tapi mendapat kelonggaran ketika beriadah dan harus memakai tight sehinga menutup lutut. Pemakain seluar 3suku dibenarkan untuk siswa tetapi hanya di cafeteria,kolej kediaman & ketika riadah pada waktu selepas kerja sahaja. Pemakaian yang tidak dibenarkan didalam tatacara pelajar akn dikenakan denda dan diselaraskan supaya adil bagi siswa & siswi. Silalah berpakaian sopan. Mereka yang jelas melanggar peraturan UMP seperti mewarna rambut samada siswa atau siswi akan dikenakan kompaun menigkut undang-undang Universiti Malaysia Pahang.

4) Sandal : untuk makluman, tiada lagi kes berkenaan kes saman kerana memakai selipar di cafeteria & KK yang diwar-warkan itu. Sepanjang waktu kuliah (isnin-jumat,8pagi-6petang) adalah dilarang sama sekali untuk memakai selipar di kawasan rasmi. Bagi urusan di kawasan rasmi (eg: JHEPA, Fakulti dll ) dilarang juga memakai selipar. Bagi siswi, pemakaian sandal haruslah yang berjenis lekap dikaki. Jenis lekap dikaki adalah jenis yang tutup depan dan belakang @ yang mempunyai getah/bertali dibelakang. Selagi mana siswa/i tersebut berada dikawasan UMP, diwajibkan mengikut tatacara pemakaian UMP.
5) Pekerja luar : waktu maksimum pekerja luar dibenarkan berada didalam kawasan KK adlh sehingga jam 7mlm. Mana-mana pekerja luar yang diragui dan melebihi waktu bekerja dibenarkan untuk siswi mengambil maklumat untuk tindakan pihak yang berkenaan. Maklumat yang dimaksudkan adalah wakil dari syarikat mana,tarikh & waktu kejadian, apa yang mereka lakukan disitu (ada projek @ sebagainya). Makluman ini boleh disalurkan kepada pihak kolej kediaman untuk tindakan lanjut.
6) Kawasan UMP : keluar selepas jam 12 mlm memerlukan rekod pada pihak keselamatan. Rekod diambil untuk tujuan keselamatan. Walaubagaimanapun, disaran agar semua pelajar berada di dalam kolej kediaman sebelum jam 12 malam bagi memastikan tahap keselamatan mahasiswa terjamin. Sebarang tujuan keluar selepas jam 12mlm adalah dibawah tanggungjawab mahasiswa sendiri dan tetap bertanggungjawab ke atas nama dan imej baik universiti . Universiti tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan siswa/siswi. Keluar/masuk selepas jam 12mlm akan direkod oleh pihak keselamatan. Menaiki kenderaan berdua-duaan 1 lelaki & 1 perempuan adalah tidak digalakkan. Hal ini bertujuan untuk mengelak fitnah dan perkara yang tidak diingini selaras dengan hasrat kempen APAKAH DOSAKU..

7) Aktiviti dikampus : Pelajar yang berdua-duaan dikawasan gelap & tertutup sehingga menimbulkan syak dan keraguan dilarang keras dan akan dikenakan tindakan kompaun & tatatertib.
8) Saman : siswa/i yang dikenakan saman boleh mengajukan surat rayuan kepada JHEPA/ Pengetua Kolej Kediaman untuk mngurangkan jumlah saman. Rayuan adalah atas budi bicara. Pembayaran melalui bendahari UMP dan tiada mana-mana pihak selain bendahari berhak mengutip kompaun tersebut.
9) Etika saman :

a. Siswa/i yang ditahan melakukan kesalahan dinasihatkan untuk berbudi bahasa kepada pihak yang mengeluarkan saman. Ini kerana saman/notis yang dikeluarkan adalah dari budi bicara pihak yang bertanggungjawab mengikut undang-undang dalam Universiti Malaysia Pahang.
b. Bagi siswa/i yang ingin melaporkan aduan/kesalahan yang datangnya daripada pengawal keselamatan, sila terus berhubung dengan pegawai keselamatan di pejabat keselamatan. Aduan tersebut wajarlah disalurkan oleh saksi salah laku tersebut berserta bukti.
9) Etika aduan kafeteria :
9) Etika aduan kafeteria :
siswa/i yang menghadapi masalah harga/kualiti kafateria boleh terus menyalurkan aduan kepada staf-staf yang berkaitan (Pejabat Kolej Kediaman @ felo) beserta bukti yang ada. Harga makanan masih pada kadar yang sama.(Contoh kes = harga telur goreng pada 2/1/11 ialah 50sen, harga telur goreng pada 8/1/11 ialah 80sen). Kes-kes yang berkaitan dan wajar juga boleh disalurkan. Jika kes-kes berkaitan telah berlaku, segera hubungi pihak yang berkaitan.
10) Turut dibawa ialah cadangan untuk menutup jalan keluar masuk ump jalan belakang (antara KK1 & KK2) bagi memudahkan urusan keselamatan dari pukul 12 hingga 6 pagi. Sebarang urusan keluar masuk sila gunakan pintu hadapan UMP.

Selain itu, MPP dan wakil Pemimpin UMP Pekan telah mengutarakan hasrat mahasiswa dalam pertemuan tersebut berbentuk satu resolusi mengenai perkara ini. Penghasilan resolusi yang menggariskan kehendak mahasiswa supaya etika pemakaian di UMP dapat dijalankan dengan sempurna dan berterusan adalah seperti berikut :
1) Mahasiswa/mahasiswi perlu berpakaian sopan dan mengikut kriteria minimum yang ditetapkan semasa berada di kawasan kolej kediaman.
2) Pemantauan berkala di kawasan kolej kediaman oleh pegawai keselamatani.
INFO MENGENAI KES-KES KESULITAN YANG BERLAKU BARU-BARU INI / KESELAMATAN MAHASISWA/ HAL-HAL LAIN:
1. Tiada pemeriksaan kad matrikulasi di dalam bas.
2. Pemakaian baju/seluar yang ketat atau mencolok mata tidak dibenarkan samasekali.
3. Penggunaan padang futsal di UMP PEKAN pada hari bekerja adalah sehingga jam 12.00 tengah malam manakala pada hari minggu adalah sehingga jam 2.00 pagi.
4. Penggunaan kemudahan pingpong di KK5 UMP PEKAN adalah sehingga pukul 12.00 tengah malam dan pengguna adalah mesti tidak mengganggu dengan bunyi bising sehingga menimbulkan ketidakselesaan para penghuni sepanjang waktu tersebut.
5. Penggunaan basikal dari Pusat Koko di UMP PEKAN untuk tujuan reakrasi dibenarkan kecuali pada hari Rabu dan perlu direkod (rujuk pejabat kolej kediaman KK5).
DIHARAP semua dapat memberikan kerjasama dalam hasrat JHEPA, KESELAMTAN UMP, MPP & SUARA MAHASISWA untuk mengembalikan keadaan UMP yang berdisiplin dan selamat demi kebaikan bersama. Penambahbaikan & pembaharuan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Maklumat akan ditambah/diperbaiki jika terdapat kekurangan dari semasa ke semasa.
Perkara di atas adalah dibahas dan dibincang dalam mesyuarat pada 12 JANUARY 2011 dan diminitkan bersama pihak JHEPA, KESELAMATAN, PENGETUA KK5 bersama MPP dan Pemimpin UMP Pekan (MECHAPRO, EEES,PEKA 5 ).
Sekian.
MPP UMP 2011/2012
0 comments:
Post a Comment