Thursday, December 22, 2011

Laporan Malam interaksi mahasiswa bersama pihak pengurusan UMP

20 Disember 2011
(9.30pm-12am)
Dewan FKM

Hadir
MPP
PEKA 5
PEKA3
PEKA1
EEES
SMACH
MECHAPRO
MAHASISWA GAMBANG
MAHASISWA PEKAN
JHEPA
PTMK
JPPH
KESELAMATAN
CAIC
PUSAT SUKAN
PENGETUA


Sesi soal jawab:

Soalan/cadangan

  1. Saudara Irsyad daripada pelajar tahun 4 mekanikal (mewakili penghuni bazar muhibah)

i)        Kebajikan mengenai kafe pelajar di sana ( tiada harga untuk pelajar walaupun telah menunjukkan kad matrik) – cadangan : mewujudkan kafe pelajar di bawah bazar (lot yang masih kosong)
ii)      Mengenai internet di bazar (masalah ialah limitasi seseorang pengguna)
Menyukarkan pelajar terutama pelajar tahun akhir, dan bila system yang LAN network
iii)    Ada kebarangkalian atau tidak untuk pelajar tahun akhir dapat duduk di dalam kk5 semester hadapan


Jawapan pengurusan :

Prof Maseri ( Dekan PTMK UMP)

  •   Internet di ump@city telah diadakan 2 inisiatif :
  •    Streamix selama setahun ( temporary)
  •  Permanent network di mana hujung bulan ini akan cuba untuk “up and run”
  •    Semalam PTMK baru bermesyuarat dengan pihak Telekom Malaysia untuk mendapatkan projek (yang tidak menggunakan kable dari gambang, tapi terus dari pekan) dan pihak Telekom berjanji dengan UMP untuk mengadakan laluan network baru dalam masa 2-3 bulan lagi. Dan mereka menjanjikan dalam tempoh 2-3 bulan itu, mereka akan mempertingkatkan had kepada 100 M internet dari gambang ke pekan dalam tempoh sebulan sementara menunggu laluan baru.

  1. Prof Yuserrie (PNC HEPA)

i)        Cara penggunaan internet perlulah betul, contohnya, jika sudah menggunakan internet jangan lupa untuk “logout” untuk memberi ruang kepada kawan-kawan lain
ii)      Makanan di bazar memang kita tidak sedia secara khusus untuk pelajar kerana bazar ini berada di tempat awam
iii)    Sehingga tahun hadapan, pembinaan asrama belum selesai tapi sudah ada tender dari syarikat2 yang nak menyambung pembinaan asrama lain.
iv)    Pada kemasukan akan datang, pelajar tahun 1 akan meningkat dan keutamaan akan diberikan kepada mereka, ditambah dengan system merit dimerit.
v)      Dalam perancangan , pelajar yang aktif akan diberikan transkrip untuk pemilihan asrama akan datang

  1. Tuan Haji Rosdi ( Pengarah JPPH)

i)        Mengenai pembinaan asrama, terdapat 3 syarikat yang akan membin pembinaan asrama luar kampus dalam 4000 kapasiti penghuni. Masih dalam proses “negotiation” . pihak JPPH telah menghantar ke jabatan penilaian dan keselamatan. Di samping itu menunggu kelulusan dari Kementerian Kewangan.






Soalan / cadangan

Saudara Mohd Solihin ( pelajar tahun 4 FKM penghuni kawasan Peramu)

  1. Permohonan kebajikan mengenai pintu pagar kedua dibuka iaitu jalan di antara blok B dan C kerana ini dapat menjimatkan masa kepada 10 min sahaja  dan hanya buka sewaktu kuliah sahaja(cadangan ini disokong oleh Ir.zulkifli)

Jawapan :

Tuan Haji Rosdi

  1. Jalan di pintu utama sudah siap separuh, JKR terima peruntukan hanya untuk “design” jadi untuk pembinaan JKR peruntukan belum diluluskan untuk tahun depan, jadi akan ditangguhkan pembinaan jalan tersebut.
  2.   Untuk makluman JPPH telah memohon bajet 2012 untuk pembinaan “cover walk way” sepanjang fkp/fkm ke perpustakaan (jika diluluskan bajet)

Prof Yuserrie

  1.  Atas factor keselamatan sebenarnya, akan tetapi pihak kita akan cuba analisa dan akan cuba usahakan untuk membuat pagar sementara di antara blok b dan C jika tiada sebarang kemudaratan


Soalan / cadangan :

Saudara Mohd Zulwafi ( wakil MPP)

  1.  Masalah 1 : mahasiswa yang berkumpul seringkali setiap malam
  2. Cadangan1 : pihak keselamatan perlu dipertingkatkan
  3.  Masalah 2:lampu akan tutup selepas jam 12 di kk4
  4. Cadangan 2: dilewatkan ke jam 2 atau 3 pagi tapi dengan pengawalan dari keselamatan
  5.  Cadangan 3: setiap jabatan di UMP membuka FB untuk terus menjelaskan kepada mahasiswa memandangkan teknologi sekarang ke arah itu.
  6. Masalah 3 : hendak tahu status penswastaan keselamatan?





Jawapan :

Tuan haji Hamdan ( Pengarah keselamatan UMP)

  1. Mengenai pemantauan, pihak kami selalu membuat rondaan akan tetapi kami perlu fikir pengawalan secara matang. Dan kami mohon di peringkat mahasiswa turut membantu keselamatan jika ternampak sebarang perkara yang tidak diingini
  2. Mengenai penswastaan kami telah membuat kertas kerja  dan ada tanda-tanda untuk diluluskan.  (dalam tempoh 4 bulan )

Prof Yuserrie

  1. Mengenai lampu itu, ada timer, dan boleh set balik ke waktu yang diminta pelajar, Cuma diminta jika tiada penggunaan, mohon untuk menjimatkan elektrik.
  2. Mengenai FB saya galakkan untuk semua jabatan wujudkan



Soalan / cadangan :

Saudara Normazuan (pelajar tahun 4 FKM)

  1.  Cadangan 1 : cuba subsidikan harga makanan kepada pelajar atau tingkatkan pinjaman ptptn kepada pelajar (atas factor ekonomi sekarang)
  2.   Cadangan 2 :Dari sudut pembangunan boleh tidak selaraskan dengan pembinaan asrama dan fakulti.
  3.   Cadangan 3: untuk menaikkan ekonomi UMP, kenapa tidak digunakan sahaja bahan-bahan yang direkacipta atau dihasilkan oleh UMP contohnya gula
  4.  Cadangan 4: kewangan diberi terus kepada pengetua untuk mengurangkan birokrasi

Jawapan :

Prof Yuserrie

  1.  Yuran aktiviti pelajar telah diluluskan  di peringkat JKPU untuk terus ke pengetua di mana pelajar boleh memohon kepada pengetua masing-masing.
  2.   Kenapa fakulti dibina dahulu sebelum asrama ini adalah kerana dasar yang telah ditetapkan di mana pembinaan fakulti diutamakan untuk system pembelajaran.

 Cikgu Ramli(pusat Ko)

  Selepas ini, Peka akan ambil alih untuk penggunaan alatan sukan yang ada.



Soalan / cadangan :

Saudara Mohd Faisal Razali ( pelajar FKM)

  1. Soalan 1: bila pusat aktiviti pelajar boleh digunakan
  2. Soalan 2 : perpustakaan bila boleh digunakan
  3. Soalan 3 : kenapa pelajar FKP dipindah sedangkan fakulti tidak siap
  4. Soalan 4: kenapa masjid tidak dibina dahulu semasa pembinaan awal ump
  5.  Soalan 5 : solusi isu air
  6.   Soalan 6 :  kenapa tidak majukan UMP gambang sahaj sehingga memerlukan membuka cawangan pekan

Jawapan :

Tuan haji Rosdi

  1.   Perpustaakan telah diserah kepada kita, dan insyaAllah jika tiada kekangan, kita akan cuba mengadakan peperiksaan akhir ini di sana
  2.     Pusat aktiviti pelajar telah didenda kerana kelewatan dan pihak kita tidak mahu menerima dalam keadaan “defect”. Mereka janjikan 25 Disember akan siap, dan kami akan cuba membawa masuk kelengkapan dahulu. Dan dijangka pelajar boleh menggunakan pada 2 januari 2012jika tiada halangan infrastruktur dan keselamatan.
  3. FKP akan siap pada 13 Februari 2012
  4. Pembinaan masjid kita terikat dengan dasar pembangunan
  5.  Pusat aktiviti pelajar berkemungkinan akan panas sedikit akan tetapi kami akan cuba memasang air-cond
  6. Mengenai air dari kuala Pahang (loji peramu) , jika terputus bekalan air di tengah-tengah perjalanan, UMP paling akhir mendapat bekalan atau tidak mendapat langsung
  7.  Di pihak JPPH telah berurusan dengan JBA, JBA mempunyai peruntukan, mereka akan kenal pasti low pressure are di mana dan akan besarkan pai di situ.
  8. Pada  21 disember 2011 (hari ini) dato NC akan bermseyuarat dengan JBA,JKR dan ADUN PERAMU untuk menyelesaikan masalah ini.
  9. Prof Yuserrie pada 14 disember 2011 turut telah membangkitkan isu ini ke jabatan Perdana Menteri
  10. Buat masa ini JPPH “order” 5 tangki setiap kali.
  11. JPPH telah meminta kebenaran Dato NC untuk “order” iar tanpa pembayaran oleh JPPH untuk sepanjang minggu “study week” jika sewaktu itu tiada air juga.
  12.   Di pihak JPPH meminta pelajar UNTUK :
  • BERJIMAT
  • BERHENTI MEMBAZIR (tutup kepala paip,dikhuatiri air akan keluar dengan begitu saja)
  • BERDOA


Encik Nafis

  1.  Isu FKP, semasa pemilihan asrama, analisis telah dibuat, kita dapati seramai 400 pelajar akan duduk di luar (rumah sewa) gambang , jadi kami meminimakan kepada 200 pelajar (yang hanya perlu ulang-alik tanpa perlu duduk luar kampus gambang). Dan mohon untuk tidak dipersalahkan kepada pelajar FKP dan pensyarah 


Soalan / cadangan :

Saudari Shahira (wakil MPP)

  1. Masjid ump Gambang bila hendak siap
  2.  Tingkap siswi di kk5 perlu di tutup / tinted
  3.   Cadangan untuk keselamatan untuk membuat 1 hour rounding dengan menggunakan system ” key in one hour at one place”
  4.  Cadangan untuk system key in merit adalah dengan membuat system “swap card”. Jadi mudah kepada pelajar . tidak akan timbul masalah tertinggal nama untuk key in merit. Hanya perlu “swap card” dan merit akan automatic masuk.
  5.   Cadang wujudkan librarian untuk mahasiswa disamping pelajar mendapat elaun (SPB)
  6.  Lecturer lebih kepada “reaserch teaching” berbanding mendidik pelajar.

Jawapan :

Tuan haji Rosdi

  1. Masjid gambang turut telah didenda. Seboleh-bolehnya kami akan cuba paksa siapkan untuk dapat solat jumaat di sana pada 23 disember 2011 atau selewatnya 30 disember 2011


 Prof Maseri

  1.  “swap card” ptmk telah implement kepada staff, dan kami akan cuba panjangkan system ini untuk pelajar
 Prof Yuserrie

  1. Mengenai pelajar bekerja di perpustakaan, pihak perpustakaan ada juga memohon untuk mendapatkan SPB (skim pelajar bekerja). Akan tetapi untuk membenarkan pelajar bekerja pada waktu malam di perpustakaan perlu melihat kepada berapa bilangan pelajar yang belajar di perpustakaan KECUALI pada waktu minggu studi.

Ir. Adnan (wakil CAIC)

  1.  Mengenai pensyarah yang mengajar lebih kepada stail research, mungkin kerana pensyarah itu (terutama foreigner) belum biasa dengan system di Malaysia.
  2.  Oleh itu, sebab itu pelajar perlu nilai pensyarah dengan system evaluation (E-PAT) di Ecom.

Perbincangan tamat jam 12am.


Friday, December 16, 2011

pindaan Auku - Bersediakah kita?

Kepada mahasiswa/i UMP yg dihormati sekalian,

Anda dijemput untuk menghadiri program "pentas rentak ilmuwan" anjuran MPP. 

Butiran program seperti berikut :

tajuk : pindaan Auku - Bersediakah kita?
tarikh : 17 Disember
masa : 9pm-11pm
tempat: dewan auditorium FKM kampus Pekan
panel : YDP UMP, YDP UM, YDP UIAM

Ayuh kita mula memupuk "Budaya ilmu, Milik Mahasiswa UMP"



Waktu Khas disediakan bagi pelajar yang ingin mengunakan perpustakaan Pekan

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Sempena Peperiksaan Akhir Semester, Waktu Khas disediakan bagi pelajar yang ingin mengunakan perpustakaan Pekan. Iaitu:

Bermula pada 26/12/2011 sehingga 15/1/2012.
Pada hari (Isnin - Jumaat) 8.30am - 10.00pm.
          & (Sabtu - Ahad) 9.00am - 5.00pm.

TQ

Sunday, December 11, 2011

Kemeriahan Malam Antarabangsa UMP Pupuk Kepelbagaian Budaya

 
Kuantan, 9 Disember - Lebih 500 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) di kalangan pelajar dan staf luar negara memeriahkan Malam Antarabangsa 2011 anjuran Pejabat Antarabangsa (UMP) di Dewan Astaka UMP baru-baru ini.

Bertemakan warna-warna dunia menyaksikan persembahan pelbagai budaya dipertontonkan antaranya persembahan pelajar dari Bangladesh iaitu nyanyian Bengali bertajuk `Sonan Sona Sona Loke Bole Sona' dan 'Melai Jai Re Melai Jei Re', persembahan Kungfu, Taichi dan lukisan tradisional dari China, tarian Kalimantan Timur (Kancet Papatai dan Kancet Ledo) dari Indonesia, tarian tradisional Nigeria dan Yemeni.

Malah, makanan yang disajikan juga bertemakan antarabangsa apabila sebanyak 8 menu pelbagai negara turut disajikan, antaranya Samoosay dan Choolay Chaat dari Pakistan, Basta dan Busbosa dari Sudan, Pakon Pitha dan Chom-chom dari bangladesh, bakso dari Indonesia dan Cut Mirchi dari India.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim yang berucap merasmikan Malam Antarabangsa itu berkata, program ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan pelajar antarabangsa dari pelbagai Negara bagi perkongsian budaya seterusnya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar serta staf UMP.
 

Selain itu, ia merupakan platform bagi pelajar antarabangsa untuk memperkenalkan budaya yang unik dan tradisi Negara masing-masing.

"Berkonsepkan 1 Malaysia, semangat kerjasama dan bersatu tetap wujud dalam konteks kepelbagaian warganegara dalam memupuk keharmonian. "

"Kini UMP mempunyai seramai 181 pelajar antarabangsa dari pelbagai pelusuk dunia antaranya Nigeria, Yemen, Pakistan, India, Republik Chad, Iraq, Bangladesh, Uzbekistan, China, Sudan, Indonesia, Iraq, dan Libya," katanya.

Beliau berharap kepelbagaian program dapat dijalankan bagi meningkatkan perpaduan antara pelajar dengan warga UMP serta mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Pelajar program pascasiswazah dari Pakistan, Nawsher Khan yang sedang menyambung pengajian di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) berkata beliau sungguh seronok dapat menyaksikan pelbagai persembahan dan berjumpa dengan rakan-rakan dari negara lain memandangkan kesuntukan masa menyebabkan mereka jarang berjumpa.

Begitu juga dengan Urme Salam, 31 dari Bangladesh yang sedang menyambung pengajian dalam ijazah kedoktoran di Fakulti Teknologi ternyata teruja kerana dapat mengadakan persembahan dan menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada pengunjung yang hadir.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Badrulhisham Abd Aziz , Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pejabat Antarabanghsa, Dr Wan Norlidah AlQadri.
 

45 Pelajar UMP Jelajah Masyarakat Pribumi

Seramai 45 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)  menyertai ‘Program Jelajah Masyarakat Pribumi Malaysia (PriMa)’ untuk  mendekati masyarakat orang asli di samping mengenali budaya dan adat resam masyarakat di Perkampungan Orang Asli Kampung  Paya Rekoh dan Kampung Berdut Jerantut Pahang  baru-baru ini. 

Melalui program anjuran Exco Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) dan Sekretariat Khidmat Komuniti UMP ini, pelajar dapat mewujudkan persefahaman, kerohanian dan perkongsian pintar bersama anak-anak muda serta penduduk kampung serta mengukuhkan perasaan muhibbah tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.

Menurut Pengerusi Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 yang juga pelajar  Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) , Radhiah Zainon berkata, “Inisiatif mesra masyarakat dalam Program Khidmat Komuniti PriMa ini merupakan satu isyarat jelas bahawa UMP bukanlah sebuah institusi pengajian tinggi atau menara gading yang bersifat elitis, namun menghargai kewujudan jiran-jiran yang berada di sekelilingnya untuk hidup bersama dalam sebuah komuniti yang besar dan saling bergantung antara satu sama lain.”

Beliau yang juga Pemantau Program PRIMA berkata, aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat memupuk sifat peka para pelajar UMP terhadap masyarakat sekeliling dan seterusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat luar bandar setaraf dengan kehidupan masyarakat di bandar dari segi pendidikan, sosial, teknologi dan ekonomi.

Manakala, Pengarah Program Jelajah Masyarakat Pribumi Malaysia (Prima),  Rohanis Mohd Japaii berkata, melalui aktiviti ziarah ke rumah penginapan orang kampung, pelajar dapat bermesra dan mendekati penghuni rumah di samping  menyampaikan sumbangan termasuk makanan dan pakaian hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpul.

Rohanis yang merupakan pelajar tahun akhir bidang Pengurusan Teknologi Industri berkata, program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan memberi tumpuan yang lebih sesuai terhadap kehendak masyarakat setempat.

Program dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti yang melibatkan pelajar bersama penduduk kampung melibatkan aktiviti  gotong – royong sekitar kawasan perkampungan, melukis mural di dewan orang ramai dan aktiviti menyediakan juadah memasak bersama komuniti masyarakat kampung.
 

Selain itu, program turut mendapat kerjasama daripada agensi lain melibatkan pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pusat Kesihatan Pelajar dalam usaha memberi ceramah kesedaran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

Manakala slot bengkel bercucuk tanam dikendalikan dengan kerjasama pihak Jabatan Pertanian Daerah Temerloh dalam usaha memberi peluang dan maklumat terhadap penduduk kampung dalam mengusahakan produk pertanian yang bersesuaian untuk diusahakan.

Selain itu, turut diadakan ceramah motivasi dan latihan dalam kumpulan (LDK)  di kalangan pelajar sekolah, aktiviti sukaneka dan bersama penduduk kampung menjayakan malam persembahan kebudayaan melibatkan kedua-dua perkampungan ini.

Ketibaan  Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin dalam majlis perasmian penutup disambut meriah penduduk kampung.  Hadir sama menjayakan program, Pengetua Kolej Kediaman 3, Prof. Madya Dr. Normah Othman, Pengetua Kolej Kediaman 4, Dr. Sugeng Ariyono;  Tok Batin, Awang Abdullah dan Tok Empat Felda Jenderak Selatan, Osman Abu Bakar.
 

‘Program Jelajah Masyarakat Pribumi Malaysia (PriMa)’ turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad), Majlis Pengetua Kolej Kediaman dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

UMP Peneraju ICoE Dalam Bidang Acuan Tekap dan Sistem Suspensi

Putrajaya, 9 Disember- Universiti Malaysia Pahang (UMP) diumum sebagai peneraju pusat kecemerlangan industri (ICoE) acuan tekap (die and mold) hasil kerjasama dengan Miyazu Malaysia Sdn. Bhd dan Sistem Suspensi melibatkan Sapura Industrial Berhad. Pengumuman ini dibuat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Hou Kok Chung yang merasmikan  empat ICoE Kementerian Pengajian Tinggi  di Mariott Putrajaya semalam.

Selain UMP, turut diumum ICoE Teknologi Proses Permulaan-Rekabentuk dan Fabrikasi Wafer  melibatkan kerjasama antara Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan Infineon Technologies Kulim dan ICoE Pemasangan dan Pengujian Produk, Pembangunan Teknologi Pembungkusan dan Kejuruteraan Aplikasi untuk Proses Hiliran melibatkan Infineon Technologies Melaka dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai peneraju.

Menurut Dato’ Dr. Hou, penubuhan pusat ini seiring dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi dalam memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa berdaya saing dalam bidang akademik, penyelidikan dan sumber manusia sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
“Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) merupakan modus operandi yang dapat mengukuhkan lagi hubungan universiti industri selain daripada polisi dan amalan terbaik sedia ada masa ini.”

“ ICoE terdiri daripada sebuah industri utama dan sebuah university menerajui sebuah ICoE yang disokong jaringan pembekal industri bagi menjamin kelestarian kerjasama ini,” katanya berucap dalam majlis pelancaran ICoE.

Beliau berkata, bagi menjayakan ICoE, KPT memfokuskan tiga sektor ekonomi yang merupakan penyumbang tertinggi kepada ekonomi Malaysia iaitu sektor elektrik dan elektronik (E&E), automotif dan kimia.

“Misalnya, pada tahun 2009 sahaja sektor E&E menyumbang 6 peratus daripada  pendapatan Negara kasar (PNK) Malaysia, menjana 522,000 pekerjaan dan menyumbang 41 peratus daripada keseluruhan eksport Malaysia.”

Namun katanya, cabaran hebat berdepan persaingan daripada Negara China, Taiwan, Singapura dan Negara Asia lain dalam menguasai aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan perkilangan  menyebabkan peratusan E&E di Malaysia menurun sejak 10 tahun lalu.  

Dato’ Dr. Hou berkata, pembangunan ICoE ini adalah serampang dua mata Kementerian dalam membantu memperkukuhkan jaringan hubungan universiti dan industri dengan lebih mantap melalui hasil penyelidikan serta pembangunan modal insan mengikut kehendak industri semasa.
 

Manakala menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir,  UMP menerusi Pusat Kecemerlangan Automotif (EAC) bekerjasama dengan  pihak Sapura dalam membangunkan program pengujian peralatan, projek penyelidikan dan pembangunan modal insan melibatkan  staf syarikat berkenaan.

Selain itu, kerjasama dengan pihak Miyazu pula merangkumi ceramah industri, projek penyelidikan acuan tekap, panel penilaian industri di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan pertukaran staf serta pelajar dalam program apprentis. 

Hadir dalam majlis Naib Canselor UniMap, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr Kamarudin Hussin, Naib Canselor UTeM, Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, Ketua Eksekutif Sapura Industrial, Mohamad Razali Osman, Ketua Eksekutif Miyazu, Amrizal Abdul Majid dan Naib Presiden dan Pengarah Urusan Infineon Technologies, Peter Bailey serta Pengarah AEC, Dr. Adam Abdullah.

Berita Harian:Graduan Bidang Pengujian Perisian Laris Di Pasaran

Monday, December 5, 2011

1500 pelajar memeriahkan Karnival TaHa@UMP

Kuantan, 4 Disember- Karnival TaHa@UMP anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Berita Harian  mendapat sambutan meriah apabila lebih 1500 pelajar hadir menyertai pelbagai program sepanjang dua hari berlangsungnya karnival bertempat di Kompleks Sukan UMP.

Acara bermula dengan Larian URace sejauh 3 km di persekitaran kampus sebelum majlis perasmian Karnival dan pelancaran Kelab TaHa UMP yang dirasmikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.
 

Menurut Dato’ Dr. Daing, melalui inisiatif penubuhan Kelab TaHa di Universiti ini  sebagai langkah permulaan, pihak pengurusan UMP optimis bahawa banyak peluang kerjasama yang berpotensi untuk diterokai bersama Lembaga Tabung Haji, dan Berita Harian.

“Sinergi secara strategik ini mampu menebarkan manfaat bukan sahaja untuk warga universiti malah masyarakat setempat yang meletakkan perkaitan rapat antara inisiatif acara ini dengan pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015.”

“Penyertaan dalam aktiviti ini juga akan memperkaya pengalaman kampus, melebarkan ruang interaksi dan menggilap potensi pelajar universiti ini,” katanya semasa majlis perasmian.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Pahang, Haji Mohyeen Mohsen berkata, “Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti yang memberi sokongan terhadap usaha murni kami memupuk amalan menabung di kalangan mahasiswa menerusi Kelab TaHa@U.

Beliau mengharapkan ahli Kelab TaHa akan memanfaatkan sepenuhnya keanggotaan mereka dengan menyertai pelbagai program seperti sukarelawan operasi haji tanah air, khidmat masyarakat, Skim Latihan Graduan, Duta TaHa@U, sukan, riadah dan peraduan dianjurkan bersama Berita Harian.Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd. Yunus, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),  Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin, Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said, Pengurus Kanan Khidmat Pelanggan TH, Noor Azmima Ismail.


 

Manakala Presiden Kelab TaHa UMP, Mohd. Ameer Farhan berkata, lebih 10 gerai dan pameran disediakan termasuk kaunter Mobil di gerai Tabung Haji mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan pelajar mendaftar sebagai ahli kelab dan membuka akaun dengan kadar 2 ringgit sahaja.

“Berita Harian juga menyediakan gerai sempena karnival itu dengan sesi bergambar untuk pengunjung, cabutan bertuah dan pembelian cenderahati eksklusif,” katanya.

Beliau berkata, seramai 33 ahli Kelab TaHa UMP juga berkesempatan mengadakan lawatan dan menjalankan kerja amal di Madrasah Bahasa & Al-Quran (MaBIQ) di Tanjung Lumpur serta membawa adik-adik ini ke UMP.Dalam pada itu, Pertandingan Peringkat Akhir Debat Piala Naib Canselor (Kategori Bahasa Melayu) yang diadakan bersempena karnival ini menyaksikan juara dimenangi pasukan EEES1 yang diwakili Loshyini Devi Pothorajoo, Wu Daniel dan Shabnam Parween Mohd. Salim di pihak Kerajaan dalam membahaskan usul “ Demi Kestabilan Universiti AUKU Perlu Dipertahankan”.
 

Kumpulan ini  menewaskan EEES2 yang diwakili Alif Amiruddin Zaidi, Mohd. Syafiq Abd. Rahman, Siti Khalijah Abdul Latif dan Munir Hashim daripada pihak pembangkang. Selain itu, Wu Daniel diumumkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan. Johan pertandingan membawa pulang wang tunai 1200 ringgit, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan, permainan congkak, uno, pertandingan futsal, sepak takraw, pencarian duta TaHa@U dan Malam Wardah Seni yang menampilkan persembahan artis Amar dan Najwa Latif yang turut memeriahkan karnival . 

Karnival melabuhkan tirai dengan tayangan filem “Valley of the Wolves Palestine 2011" dan Forum Agama “Kelebihan Menunaikan Haji di Usia Muda : Suatu Hijrah” yang dijayakan Ustaz Mansor Sulaiman sebagai moderator bersama ahli panel, Ustaz Mahmud Mat dan Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota Kuantan, Ustaz Zainuddin Zakaria.  Pelajar juga berpeluang mengambil bahagian dalam kursus dan simulasi haji yang dikendalikan Ustaz Mahmud Mat.
Penganjuran buat julung kalinya ini mendapat kerjasama daripada Perwakilan Kolej Kediaman (PEKA), Kelab Orator dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PERSIS).
 

Transformasi Pensyarah Muda UMP

Kuantan, 24 November- Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah universiti bagi membentuk pelajar yang berketerampilan dan menghasilkan modal insan minda kelas pertama, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Profesional (CENFED) menganjurkan Kursus Pembangunan Kepimpinanan dan Transformasi Pensyarah Muda bertempat di Hotel MS Garden Kuantan baru-baru.

Menurut Pemangku Pengarah CENFED, Haji Jamil Basri berkata, modul kursus kali ini mensasarkan keperluan dalam memenuhi sebahagian daripada latihan kepimpinan projek agenda kritikal (CAPS) dan pemahaman Pelan Transformasi Negara (GTP dan ETP) di kalangan pensyarah muda.

“Pensyarah juga didedahkan mengenai pemahaman terhadap Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), kepimpinan akademik dan kenegaraan,” katanya.


 


Kursus menampilkan penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka  terdiri daripada Prof. Dr Shamsuddin Baharin yang merupakan Pengarah Bahagian Hubungan Universiti Industri, Kementerian Pengajian Tinggi  yang mengupas tajuk kekuatan hubungan universiti-industri.

Hadir sama, Pengurus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Lokman Affandy  Yahya yang membentangkan tajuk Pelan Transformasi Negara (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Peserta juga berpeluang meningkatkan pemahaman mengenai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Projek Agenda Kritikal (CAP) dalam ceramah yang disampaikan Prof. Madya Dr Harsieta Aini  Haroon yang merupakan Pengarah, Pejabat Pengurusan Prestasi (PMO) KPT.

Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim dalam  menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kepimpinan Akademia dan Pengurusan Organisasi Cemerlang” serta  perbincangan mengenai  kenegaraan yang disampaikan Pengarah Biro Tatanegara Pahang, Hamizi  Yaakub.

Kursus selama tiga hari ini juga dilaksanakan dalam bentuk kuliah, interaksi dua hala termasuk latihan dalam kumpulan dan pembentangan kumpulan.

 

Teach Malaysia Teach signifikan bagi jayakan UKRA Pembangunan Sosio-ekonomi – Naib Canselor

Kuantan, 27 November – "Aktiviti kesukarelawan secara terancang dan terarah mampu menyumbang secara strategik kepada UKRA (Bidang Keberhasilan Utama Universiti) Pembangunan Sosio-ekonomi dalam kerangka Pelan Strategik UMP 2011-2015."

"Penyertaan dalam aktiviti ini akan membolehkan universiti ini dilihat kewujudannya, disedari kehadirannya dan didengari suaranya, " kata Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim ketika berucap dalam amanat khas beliau kepada seramai 68 orang ahli Kelab In-Smartive UMP sempena Kem Latihan Sukarelawan Projek Kilauan Mutiara Teach Malaysia Teach (TMT) di Agro Semuji Resort baru-baru ini.

Hadir sama dalam majlis ialah isteri beliau, Datin Hajah Fazia Ali dan Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain. TMT adalah inisiatif peningkatan motivasi, sahsiah dan daya saing untuk pelajar tahun tiga dan empat sekolah rendah menggunakan modul khas dalam Bahasa Inggeris yang dipelopori oleh Pertubuhan Kebajikan & Kemajuan Sosial Pulau Pinang (PKKS) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Inisiatif yang dimulakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini dikembangkan ke daerah Pekan atas saranan isteri Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Sri Rosmah Mansor.

Pelaksanaan inisiatif rintis Projek Kilauan Mutiara TMT oleh Kelab In-Smartive di daerah Pekan akan dimulakan pada bulan Januari 2012 melibatkan lima buah sekolah rendah dan 108 orang peserta turut mendapat dukungan Pejabat Pelajaran Daerah Pekan dan Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Cawangan Daerah Pekan manakala PKKS bertindak sebagai Perunding Utama Projek.

Menyifatkan Projek Kilauan Mutiara TMT sebagai satu inovasi dalam gerak kerja kesukarelawan universiti ini, Dato’ Dr. Daing Nasir turut mengingatkan para sukarelawan untuk menjadikan pelaksanaan projek rintis TMT sebagai kayu ukur kemampuan Kelab In-Smartive untuk mengembangkan projek ini kepada semua 48 buah sekolah rendah di daerah Pekan pada tahun berikutnya.

Menurut Pengurus Projek Kilauan Mutiara TMT, Mohd Jamil Mohd Ja’afar, Kem Latihan Sukarelawan selama dua hari ini membolehkan para sukarelawan menekuni realiti sosio-ekonomi dan latar pemikiran bakal peserta projek ini.

"Cabaran paling besar untuk menjayakan Kilauan Mutiara TMT ialah untuk mengekalkan komitmen para sukarelawan dan menarik minat para peserta memandangkan projek ini akan berlangsung secara berterusan sehingga bulan November 2012," ujar Mohd Jamil merupakan Timbalan Presiden In-Smartive dan mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UMP.

Turut mengisi agenda Kem Latihan Sukarelawan ini ialah wacana khas "Daya Saing, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Rendah Daerah Pekan – Realiti, Cabaran dan Masa Depan," yang disampaikan Pengerusi PBPPP Cawangan Daerah Pekan, Dato’ Haji Ibrahim Ya’acob dan Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, Mohamad Zailani Mohamad Said.

Program latihan ini akan berkesinambungan pada 2 Disember nanti di mana Perunding Utama Projek dari PKKS akan menemui para sukarelawan TMT dalam satu majlis khas di UMP Pekan yang akan turut disertai Pengerusi PBPPP Cawangan Daerah Pekan dan Penasihat Kelab In-Smartive.
 

Berhibur Sambil Menderma Di Malam Pesta Cahaya

Kuantan, 26 Oktober- Lebih 500 orang di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan penduduk sekitar daerah hadir membanjiri Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini bagi memeriahkan Malam Pesta Cahaya anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad) .

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat India khususnya seperti tarian Barathanatyam, Bangra, Medley, persembahan artis jemputan, lakonan teater dan turut mengetengahkan bakat pelajar UMP sendiri.

Penonton juga dipersembahkan dengan tarian dari pelbagai budaya di Malaysia seperti tarian Melayu, Cina ,Iban serta kaum-kaum yang lain dan dikenali sebagai tarian 1Malaysia untuk menarik minat penonton.

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penganjuran acara ini merupakan isyarat yang amat positif dalam konteks keharmonian hubungan kaum antara agama di UMP khasnya dan Malaysia amnya.

"Menonjolkan budaya-budaya lain bukan sahaja dari kaum Melayu, India dan Cina malah budaya yang minoriti seperti di Sabah dan Sarawak adalah perlu bagi memperkenalkan kepelbagaian masyarakat yang wujud di Malaysia ini."

"Sekiranya semangat ini dikekalkan, tidak mustahil keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada hari ini akan terus berkesinambungan untuk diwarisi generasi akan datang," katanya semasa merasmikan program.

Selain itu, katanya peranan pemimpin pelajar juga penting untuk mengemudi pertubuhan dalam mengelolakan aktiviti dan program yang menyumbang kepada semangat muhibah dan perpaduan.

Tambah beliau, penggembelingan kreativiti dan komitmen secara selari berupaya menzahirkan inisiatif aktiviti dan programn yang tidak stereotaip sifatnya.

 
Sementara itu, Pengarah Program Malam Pesta Cahaya UMP 2011, Kesavan a/l Arumugam berkata, penganjuran kali ini lebih menarik berbanding sebelumnya memandangkan penonton digalakkan menderma sambil berhibur menyaksikan persembahan pelbagai budaya.

"Kelainan penganjuran tahun ini pastinya memberi makna keseronokan bukan sahaja pada penonton malah golongan yang kurang bernasib baik," katanya.

Kesavan berkata, penganjuran program ini berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak 5275 ringgit dan pihak persatuan juga turut menyumbang barangan keperluan untuk penghuni Rumah Kanak-Kanak Rapha yang terletak di bandar Kuantan.

Menurut pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Tan Fong Ling, 21 yang hadir menonton persembahan berkata beliau gembira kerana berpeluang menyaksikan persembahan berkonsepkan moden dan klasik mengikut selera remaja kini.

Selain itu katanya, beliau hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh menjayakan acara yang gilang gemilang ini.

Hadir menjayakan program adalah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin, penasihat program, Balu Ranganathan dan pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Dr. S. Kumaren.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...